Tidak percaya kepada Yesus? Apa akibatnya?
5Di sini nyata betapa adilnya penghakiman Allah:
Allah akan menjadikan kamu layak untuk menikmati Dunia Baru Allah, yang baginya kamu telah mengalami penderitaan.
6Allah akan melakukan apa yang adil.
Dia akan mendatangkan penderitaan kepada orang yang membuat kamu menderita.
7Dia
pun akan memberikan kelegaan kepada kamu yang menanggung penderitaan
dan juga kepada kami.
Allah akan melakukan hal ini apabila Tuhan Yesus
turun dari syurga dan menampakkan diri dengan malaikat-malaikat-Nya yang
perkasa,
8dan
dengan api yang bernyala-nyala.
Dia datang untuk menghukum orang yang
tidak mahu mengakui Allah dan orang yang tidak mahu mentaati Berita Baik
tentang Yesus Tuhan kita.
9
Mereka akan menerima hukuman kebinasaan selama-lamanya; mereka akan
terpisah daripada hadirat Tuhan dan kekuasaan-Nya yang mulia.
10Semua
itu akan berlaku, apabila Tuhan datang pada Hari itu kelak untuk
menerima kemuliaan daripada semua umat-Nya dan penghormatan daripada
semua orang yang percaya kepada-Nya.
Kamu pun akan bersama-sama umat
Allah itu, kerana kamu percaya kepada perkhabaran yang kami sampaikan.
No comments:
Post a Comment