Tuesday, 16 October 2012

Hormatilah Aku, kalau tidak Aku akan mendatangkan kegelapan

 YEREMIA 12

2 Engkau menanam mereka seperti tumbuh-tumbuhan,
lalu mereka berakar, bertumbuh dan berbuah.
Mereka selalu mengatakan yang baik tentang Engkau,
tetapi dalam hati, mereka sebenarnya tidak mempedulikan Engkau.
 
3 Tetapi ya TUHAN, Engkau mengenal aku;
Engkau nampak perbuatanku
dan mengetahui isi hatiku terhadap-Mu.
 


13Umat-Ku menanam gandum, tetapi menuai lalang.
Mereka bekerja keras tetapi tidak mendapat hasil.
Kerana Aku sangat murka,
tuaian mereka mengecewakan.”
 
 
17Tetapi bangsa yang tidak mahu mentaati Aku, akan Kucabut seperti tanaman dan Kubinasakan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


 YEREMIA 13

15Hai umat Israel, TUHAN telah berfirman!
Rendahkanlah hati kamu dan dengarlah firman-Nya.
 
16Hormatilah TUHAN, Allah kamu
sebelum Dia mendatangkan kegelapan,
dan kaki kamu tersandung di pergunungan;
sebelum terang yang kamu harapkan
diubah menjadi kekelaman.

 
23Dapatkah orang hitam mengubah warna kulitnya, atau harimau bintang menghilangkan tompoknya? Tentu tidak! Begitu juga dengan kamu yang biasa berbuat jahat, tidak mungkin berbuat baik.  

24TUHAN akan mencerai-beraikan kamu seperti jerami yang ditiup angin dari gurun.  

25Dia telah berfirman bahawa itulah kesudahan kamu. Itulah yang ditentukan-Nya untuk dilakukan terhadap kamu kerana kamu telah melupakan Dia dan percaya kepada tuhan-tuhan palsu.


 1 TESALONIKA 1

 3Apabila kami berdoa kepada Allah dan Bapa kita, kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka, dan bagaimana kamu berharap dengan teguh kepada Tuhan kita Yesus Kristus. 


 4Saudara-saudaraku, kami tahu bahawa Allah mengasihi kamu dan sudah memilih kamu menjadi milik-Nya sendiri.  

5Hal itu demikian, kerana kami mengisytiharkan Berita Baik kepada kamu, bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Allah dan dengan keyakinan bahawa Berita Baik itu benar. 

Kamu mengetahui cara hidup kami ketika kami bersama-sama kamu dan semua itu untuk kebaikan kamu.  

6 Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Meskipun kamu menanggung banyak penderitaan, kamu menyambut perkhabaran itu dengan kegembiraan yang datang daripada Roh Allah. 

9Semua orang berkata bahawa kamu menyambut kami dengan baik ketika melawat kamu dahulu. Mereka berkata bahawa kamu tidak mahu menyembah berhala lagi, tetapi datang kepada satu-satunya Allah yang hidup untuk mentaati dan menyembah Dia.  

10Mereka juga berkata bahawa kamu menantikan kedatangan Anak Allah dari syurga, iaitu Yesus yang sudah dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Yesuslah yang menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah yang akan datang.


 

No comments:

Post a Comment