Saturday, 15 September 2012

Jarang-jarang baca Alkitab?

Mengapa kita perlu membaca Alkitab setiap hari. Kenapa? Anda mungkin malas untuk membaca Alkitab setiap hari, tetapi Alkitab itu adalah Firman Tuhan.  

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi, boleh klik ini: https://www.box.com/s/2hpycttd290pimdi5yw0

Tuhan berbiacara kepada kita melalui Firman-Nya dan kita berbicara kepada Tuhan melalui doa.  

Bagaimana kita boleh mengetahui Firman Tuhan terhadap kita kalau kita tidak meluangkan masa yang berkualiti untuk membaca Firman-Nya? 

Bagaimana kita boleh mengetahui kebenaran kalau kita tidak membaca Alkitab?

Banyak persoalan dalam fikiran kita, kenapa tidak mencari jawapan dalam Alkitab?

Alkitab adalah makanan bagi rohani kita.  Kita bukan membaca dan mendengar Firman Tuhan semasa hari Ahad sahaja di gereja? 

Bagaimana kita boleh menangkis tipu helah iblis(penipu manusia yang paling licik) kalau tidak membaca Alkitab dan menyelidikinya?

Yesus sendiri pun menggunakan Firman Tuhan semasa dicobai di padang gurun.  Iblis juga menggunakan ayat dalam Firman Tuhan untuk mencobai Yesus. Kalau kita tidak membaca Firman Tuhan, kita sudah termakan dengan tipu daya iblis. 

Ingat, masa semakin suntuk.  Iblis tidak akan berhenti untuk menjatuhkan manusia. Dialah yang paling licik seperti ular untuk menjatuhkan manusia. 

Maka, marilah kita mendisiplinkan diri untuk membaca dan merenungkan Firman Tuhan setiap hari.  Sesibuk mana pun kita, masa untuk membaca Alkitab tidak seharusnya ditinggalkan.  Iblis boleh membuat kita sangat sibuk supaya kita tidak mempunyai masa untuk membaca Alkitab.  

 Kita berdoa supaya kita disiplin untuk membaca Alkitab setiap hari.  Kita ada Yesus dan Roh Kudus untuk membantu kita.

3 cara mengakui dosa


Terdapat 3 cara bagaimana kita mengakui dosa kita kepada Tuhan.  
 
1. Mengakui dosa di hapadan Allah  
 
 Semua dosa adalah penentangan kepada Tuhan dan semuanya itu harus diakui di hadapanNya. Terdapat beberapa dosa yang saya tidak pernah akui terhadap sesiapa pun di dunia ini. Sekiranya dosa tersebut adalah antara saya dengan Tuhan, saya boleh mengakuinya secara berseorangan dengan Tuhan, saya tidak perlu membisikkannya kepada sesiapapun.  

 “Ayah, saya sudah berdosa terhadap Allah  dan terhadap ayah” (Lukas 15:18).

  “Aku telah berdosa terhadapMu, terhadap-Mu sahaja, dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat."  (Mazmur 51 :6).


2. Mengakui dosa yang kita lakukan terhadap sesama manusia dan meminta pengampunan dari Tuhan
 
Tetapi sekiranya saya melakukan sesuatu yang salah terhadap sesama manusia, dan saya tahu bahawa saya bersalah terhadapnya, saya mesti mengakui dosa tersebut bukan hanya terhadap Tuhan tetapi terhadap orang itu juga. Sekiranya saya ego untuk tidak mengakui terhadapnya, saya tidak akan dapat datang kepada Tuhan. Saya boleh berdoa dan meratap, tetapi ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.  

 Pertama-tama, akui dosa tersebut kepada orang tersebut, kemudian datang kepada Tuhan dan rasailah betapa cepatnya dia mendengar anda dan memberikan damai sejahtera kepada anda. 

Oleh itu, apabila kamu hendak mempersembahkan pemberian di atas mazbah kepada Allah, lalu teringat bahawa saudaramu sakit hati terhadap kamu, tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu mempersembahkan pemberian kamu itu kepada Allah. (Matius 5:23-24) 


3. Mengakui dosa di hadapan umum
 
Ini adalah cara Alkitab.

Kemudian, terdapat lagi kelas dosa yang mesti diakui di hadapan umum. Andaikan saya dikenali sebagai penghina Tuhan, pemabuk, atau mengamalkan rasuahSekiranya saya mengakui dosa saya, saya mengakuinya dihadapan umum. Pengakuan tersebut harus dilakukan di hadapan umum kerana dosa tersebut adalah dosa yang melibatkan orang di sekeliling.  

 Banyak orang mengatai seseorang dihadapan orang lain dan cuba untuk berselindung dengan hanya datang kepada orang tersebut secara sendirian.Pengakuan tersebut seharusnya diakui dihadapan orang-orang yang telah mendengar kata-katanya sebelum ini mengenai seseorang yang dikatainya. 

Kita bagus dalam mengakui dosa orang lain, tetapi sekiranya ia adalah pengakuan yang benar, kita boleh menggunakannya untuk menilai diri kita sendiri. Apabila seorang lelaki atau perempuan mahu supaya dia dia baik dihadapan Allah, dia tidak akan mencari kesalahan orang lain, dia akan berusaha supaya dia tidak berdosa terhadap Allah.

 Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil.  Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. (1 Yohanes 1:9)  


Terima kasih Tuhan untuk Injil ini. Wahai kita sebagai Kristian, sekiranya terdapat dosa dalam kehidupan kita, akuilah dan anda akan diampuni.  Jangan biarkan ada penghalang antara anda dengan Tuhan. Ketahuilah dengan jelas kedudukan kita yang akan disediakan oleh Kristus kepada kita. 



Saya mendapat artikel ini dalam sebuah laman web.  Walaupun saya pergi gereja Katolik, dimana mereka ada Sakramen pengakuan dosa, tetapi saya percaya, kita mengakui dosa kita hanya kepada Tuhan. 

Memang mengakui dosa terhadap paderi itu tidak salah, kita mengakui dosa kita terhadap Tuhan dan paderi tersebut memberi kita kepastian bahawa dosa kita telah diampunkan, dia mendoakan kita. Di sini seperti kita mengongsikan dosa kita kepada paderi dan dia memberikan "confirmation" bahawa Allah telah mengampunkan dosa kita.  

Paderi juga hanyalah manusia biasa, dia juga kadang-kadang jatuh ke dalam dosa dan dia mengakuinya kepada Tuhan.  

Tidak perlu tunggu ada pengakuan dosa, barulah mengakui dosa kita kepada Tuhan.  Tuhan telah memberikan kita Roh Kudus untuk memimpin kita.  Sekiranya kita melakukan sesuatu yang salah, pasti hati kita juga tidak tenang.  Seperti ada sesuatu yang menghalang hubungan doa kita dengan Tuhan.  Itulah peranan Roh Kudus, Dia menyedarkan kita sekiranya kita melakukan sesuatu yang tidak baik pada pandangan Allah. Oleh itu, pada saat kita menyedari kita berdosa, kita boleh terus mengakuinya kepada Allah dan meminta pengampunan daripadaNya. 

Setiap ibadat sabda atau misa kudus juga mengkhususkan waktu sebelum mendengar Firman Tuhan, semua umat dan paderi atau ketikis bersama-sama mengakui dosa kepada Tuhan.  Sekiranya pengakuan itu diucapkan betul-betul dari lubuk hati kita yang terdalam, kita telah diampuni oleh Tuhan. 

Dan selepas itu, kita layak bersama-sama dengan yang lain untuk menyambut Tubuh dan Darah Kristus. 

 





Friday, 14 September 2012

Adakah patut kita bersandar kepada ibubapa?


YESAYA 20

Nabi yang telanjang sebagai tanda

1 Atas perintah Sargon, raja Asyur, panglima tentara Asyur menyerang Asdod, sebuah kota Filistin. 

 2 Tiga tahun sebelumnya, TUHAN menyuruh Yesaya anak Amos melepaskan kasut dan kain karung yang sedang dipakainya. Ia menurut dan berjalan telanjang dan tidak berkasut.  
3 Ketika kota Asdod dikepung, TUHAN berkata, “Hamba-Ku Yesaya sudah tiga tahun telanjang dan tidak berkasut. Inilah tanda dari apa yang akan terjadi dengan Mesir dan Sudan.  

4 Raja Asyur akan menawan orang-orang dari kedua negeri itu dan mereka akan digiring dengan telanjang. Tua dan muda, semuanya akan berjalan tanpa baju dan alas kaki dengan pantatnya kelihatan, sebagai penghinaan terhadap Mesir.  

5 Orang-orang yang mengandalkan Sudan dan membanggakan Mesir akan kecewa dan harapannya hancur.  

6 Pada waktu itu orang-orang yang tinggal di pesisir akan berkata, ‘Lihatlah apa yang terjadi dengan bangsa yang kita andalkan untuk melindungi kita terhadap raja Asyur. Mana mungkin kita selamat?’ ” 




Tuhan menghukum Mesir dan Sudan.  Pada masa tersebut, Mesir dan Sudan merupakan kerajaan yang kuat. Mereka mempunyai banyak tentera dan Israel juga pernah meminta pertolongan dari Mesir untuk membantu mereka berperang dengan musuh. Mesir menjadi sombong.
 
Kita di dunia ini cenderung bersandar kepada mereka yang boleh diharapkan untuk melindungi kita. Kita bersandar kepada ibubapa sekiranya kita mempunyai masalah. Memang tidak salah kita berharap kepada ibubapa untuk membantu kita, tetapi Tuhanlah yang sebenarnya telah membantu kita. Dia memakai ibubapa kita untuk membantu kita. Dia boleh memakai siapapun untuk membantu kita. Tetapi segala pertolongan yang kita dapat itu datangnya dari TUHAN. Dialah yang melepaskan kita dari masalah dengan menggunakan orang-orang di sekeliling kita. 
 
Jadi, kita berharaplah sepenuhnya kepada Tuhan.  Apapun yang kita alami, semua jawapannya adalah Tuhan.  
 
Kalau misalnya saya menjadi doktor.  Banyak orang datang kepada saya dan mereka berharap kepada saya untuk menyembuhkan mereka dari penyakit mereka.  Saya tidak boleh sombong. Saya tidak boleh lupa daratan.  Segala kebijaksanaan saya datangnya dari Tuhan, bukan melalui saya sendiri.  
 
 



Beratnya hatiku

Saya berasa hati saya berat, seperti saya ada beban, tapi saya tidak tahu apa beban itu. Saya tidak tenang, saya rasa ada sesuatu yang tidak beres. Kenapa ni ar? Rupanya, saya telah lama tidak mempunyai masa yang berkualiti bersama Yesus.  Patutlah saya rasa hati saya kosong, berat dan tidak tenang.  

 Hanya Tuhan yang dapat mengisi kekosongan hati saya.  Saya boleh pergi keluar dengan adik dan jalan-jalan, window shopping (xda duit banyak beli barang), tengok wayang, karaoke, tetapi semua tu dapat memberikan keseronokkan sementara saja.  Selepas tu, hati kembali kosong dan berat.  Saya bersyukur juga, sebab Tuhan membawa saya mengenal Dia dan hanya Dia yang dapat mengisi kekosongan hati saya. 

 

 Tetapi bagaimana dengan mereka yang belum mengenal Tuhan? Kalau tiada yang mengongsikan kepada mereka, bagaimana? Walaupun kita tahu, Tuhan tidak mahu seorang pun binasa. Dia mahu supaya semua manusia selamat, itulah sebabnya Dia menjadi manusia dan mati di atas kayu salib supaya manusia selamat dan hubungannya dengan Tuhan menjadi baik semula.  

Kita boleh membawa orang kepada Yesus dengan banyak cara. Kita mengambil inisiatif, tetapi segala keputusan ada di tangan Tuhan.  Dan dasar semuanya, ialah DOA. Segalanya harus dimulai dengan doa, sebab dengan doa, itu menunjukkan kita tidak dapat melakukan dengan kekuatan kita, tetapi dengan kekuatan dari Tuhan. Doa menunjukkan, kita bersandar penuh kepada Tuhan.  Bagaimana Tuhan membantu kita kalau kita sombong? Kita fikir boleh melakukan dengan kekuatan kita sendiri? 

Ada lagu rohani yang saya ingat, "Tuhan itu hanya sejauh doa'.  Betapa dekatnya Tuhan itu pada kita. Kita hanya perlu berdoa dan membaca, merenungkan dan melakukan Firman-Nya, Dia sangat dekat dengan kita. 

Memanglah Tuhan tidak pernah meninggalkan kita. Cuma kita yang meninggalkan Dia. Kita rasa Tuhan itu sangat jauh, sangat jauh dari hati kita, padahal kita yang tidak mengambil masa yang berkualiti dengan Dia.  Pagi-pagi kita buat apa yang kita suka, bila sudah balik dari tempat kerja, masa kita mengantuk, lebihan masa tu kita gunakan untuk membaca Firman Tuhan dan berdoa. Apa lagi, bangun tidur baru terucap "Amin". 

Saya mengatakan ini kerana saya sendiri pun pernah melakukannya.  Bila ada lebihan masa, barulah kita mahu berdoa, membaca Firman Tuhan. Ampuni saya Tuhan.

Seharusnya, kita memberikan yang terbaik untuk Tuhan termasuk masa kita, duit kita. 

Berkenaan dengan duit, saya akan post dalam bahagian yang baru. 


Dashyatnya hukuman Tuhan


 Doa berdasarkan Yesaya 19: 1-25

Dalam petikan ini, Tuhan memberikan pesan kepada Mesir. Dia akan menghukum Mesir kerana kesombongan  dan dosa-dosa mereka. Tetapi Tuhan itu berbelas kasihan dan maha pengampun, Dia menghukum tetapi selepas itu, Dia mengampuni Mesir, dan akan ada orang Mesir yang mengenal dan menyembah kepadaNya. 


DOA:

Ya Tuhan, buatlah semua penduduk dunia gementar akan Engkau. Buatlah semua penyembah-penyembah berhala  kembali kepadaMu dan gementar kepada Engkau sahaja.

Berilah perdamaian dalam setiap keluarga di bumi ini.

Berilah perdamaian antara negeri dan negara.

Buatlah semua penduduk bumi meminta nasihat dan petunjuk dari Engkau sahaja kerana mereka percaya kepadaMu.

Jangan biarkan kami semua tenggelam kerana masalah kami tetapi buatlah kami datang kepadaMu dan berseru kepadaMu dan jawablah doa dan seruan kami dan kami akan memuji dan memuliakan namaMu.

Jangan biarkan kami menganggap diri kami lebih bijaksana daripada orang lain dan Engkau kerana hanya Engkaulah yang bijaksana.  Engkaulah yang memberikan kami hikmat.

Kepada yang telah tersesat jalan, buatlah mereka kembali kepada jalanMu.

Buatlah semua penduduk bumi menyembah hanya kepadaMu ya Tuhan Yesus. Buatlah kami semua menjadi seperti seorang wanita yang pengecut dan penakut di hadapanMu.

Nyatakanlah diriMu kepada mereka yang belum mengenal Engkau dan mereka akan mengenalMu dan menyembahMu.

Buatlah kami orang berdosa ini berbalik kepadaMu dan Engkau akan menyembuhkan kami. Biarlah kami beribadat kepadaMu sepanjang dalam hidup kami. Buatlah kami saling memberkati satu sama lain dan mulut kami akan mengucapkan puji-pujian kepadaMu.

Terpujilah dan mulialah namaMu ya Tuhan. Engkaulah satu-satunya Allah yang agung dan mahamulia. Terpujilah namaMu Tuhan Yesus Kristus, raja segala raja!  Biarlah Engkau dipuji dan dimuliakan selama-lamanya. Di dalam nama Yesus, saya berdoa. Amin.