Saturday, 15 September 2012
3 cara mengakui dosa
Terdapat 3 cara bagaimana kita mengakui dosa kita kepada Tuhan.
1. Mengakui dosa di hapadan Allah
Semua dosa adalah penentangan kepada Tuhan dan semuanya itu harus diakui di hadapanNya. Terdapat beberapa dosa yang saya tidak pernah akui terhadap sesiapa pun di dunia ini. Sekiranya dosa tersebut adalah antara saya dengan Tuhan, saya boleh mengakuinya secara berseorangan dengan Tuhan, saya tidak perlu membisikkannya kepada sesiapapun.
“Ayah, saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah” (Lukas 15:18).
“Aku telah berdosa terhadapMu, terhadap-Mu sahaja, dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat." (Mazmur 51 :6).
2. Mengakui dosa yang kita lakukan terhadap sesama manusia dan meminta pengampunan dari Tuhan
Tetapi sekiranya saya melakukan sesuatu yang salah terhadap sesama manusia, dan saya tahu bahawa saya bersalah terhadapnya, saya mesti mengakui dosa tersebut bukan hanya terhadap Tuhan tetapi terhadap orang itu juga. Sekiranya saya ego untuk tidak mengakui terhadapnya, saya tidak akan dapat datang kepada Tuhan. Saya boleh berdoa dan meratap, tetapi ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.
Pertama-tama, akui dosa tersebut kepada orang tersebut, kemudian datang kepada Tuhan dan rasailah betapa cepatnya dia mendengar anda dan memberikan damai sejahtera kepada anda.
Oleh itu, apabila kamu hendak mempersembahkan pemberian di atas mazbah kepada Allah, lalu teringat bahawa saudaramu sakit hati terhadap kamu, tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu mempersembahkan pemberian kamu itu kepada Allah. (Matius 5:23-24)
3. Mengakui dosa di hadapan umum
Ini adalah cara Alkitab.
Kemudian, terdapat lagi kelas dosa yang mesti diakui di hadapan umum. Andaikan saya dikenali sebagai penghina Tuhan, pemabuk, atau mengamalkan rasuahSekiranya saya mengakui dosa saya, saya mengakuinya dihadapan umum. Pengakuan tersebut harus dilakukan di hadapan umum kerana dosa tersebut adalah dosa yang melibatkan orang di sekeliling.
Banyak orang mengatai seseorang dihadapan orang lain dan cuba untuk berselindung dengan hanya datang kepada orang tersebut secara sendirian.Pengakuan tersebut seharusnya diakui dihadapan orang-orang yang telah mendengar kata-katanya sebelum ini mengenai seseorang yang dikatainya.
Kita bagus dalam mengakui dosa orang lain, tetapi sekiranya ia adalah pengakuan yang benar, kita boleh menggunakannya untuk menilai diri kita sendiri. Apabila seorang lelaki atau perempuan mahu supaya dia dia baik dihadapan Allah, dia tidak akan mencari kesalahan orang lain, dia akan berusaha supaya dia tidak berdosa terhadap Allah.
“Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. (1 Yohanes 1:9)
Terima kasih Tuhan untuk Injil ini. Wahai kita sebagai Kristian, sekiranya terdapat dosa dalam kehidupan kita, akuilah dan anda akan diampuni. Jangan biarkan ada penghalang antara anda dengan Tuhan. Ketahuilah dengan jelas kedudukan kita yang akan disediakan oleh Kristus kepada kita.
Saya mendapat artikel ini dalam sebuah laman web. Walaupun saya pergi gereja Katolik, dimana mereka ada Sakramen pengakuan dosa, tetapi saya percaya, kita mengakui dosa kita hanya kepada Tuhan.
Memang mengakui dosa terhadap paderi itu tidak salah, kita mengakui dosa kita terhadap Tuhan dan paderi tersebut memberi kita kepastian bahawa dosa kita telah diampunkan, dia mendoakan kita. Di sini seperti kita mengongsikan dosa kita kepada paderi dan dia memberikan "confirmation" bahawa Allah telah mengampunkan dosa kita.
Paderi juga hanyalah manusia biasa, dia juga kadang-kadang jatuh ke dalam dosa dan dia mengakuinya kepada Tuhan.
Tidak perlu tunggu ada pengakuan dosa, barulah mengakui dosa kita kepada Tuhan. Tuhan telah memberikan kita Roh Kudus untuk memimpin kita. Sekiranya kita melakukan sesuatu yang salah, pasti hati kita juga tidak tenang. Seperti ada sesuatu yang menghalang hubungan doa kita dengan Tuhan. Itulah peranan Roh Kudus, Dia menyedarkan kita sekiranya kita melakukan sesuatu yang tidak baik pada pandangan Allah. Oleh itu, pada saat kita menyedari kita berdosa, kita boleh terus mengakuinya kepada Allah dan meminta pengampunan daripadaNya.
Setiap ibadat sabda atau misa kudus juga mengkhususkan waktu sebelum mendengar Firman Tuhan, semua umat dan paderi atau ketikis bersama-sama mengakui dosa kepada Tuhan. Sekiranya pengakuan itu diucapkan betul-betul dari lubuk hati kita yang terdalam, kita telah diampuni oleh Tuhan.
Dan selepas itu, kita layak bersama-sama dengan yang lain untuk menyambut Tubuh dan Darah Kristus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment