Beratnya hatiku
Saya berasa hati saya berat, seperti saya ada beban, tapi saya tidak tahu apa beban itu. Saya tidak tenang, saya rasa ada sesuatu yang tidak beres. Kenapa ni ar? Rupanya, saya telah lama tidak mempunyai masa yang berkualiti bersama Yesus. Patutlah saya rasa hati saya kosong, berat dan tidak tenang.
Hanya Tuhan yang dapat mengisi kekosongan hati saya. Saya boleh pergi keluar dengan adik dan jalan-jalan, window shopping (xda duit banyak beli barang), tengok wayang, karaoke, tetapi semua tu dapat memberikan keseronokkan sementara saja. Selepas tu, hati kembali kosong dan berat. Saya bersyukur juga, sebab Tuhan membawa saya mengenal Dia dan hanya Dia yang dapat mengisi kekosongan hati saya.
Tetapi bagaimana dengan mereka yang belum mengenal Tuhan? Kalau tiada yang mengongsikan kepada mereka, bagaimana? Walaupun kita tahu, Tuhan tidak mahu seorang pun binasa. Dia mahu supaya semua manusia selamat, itulah sebabnya Dia menjadi manusia dan mati di atas kayu salib supaya manusia selamat dan hubungannya dengan Tuhan menjadi baik semula.
Kita boleh membawa orang kepada Yesus dengan banyak cara. Kita mengambil inisiatif, tetapi segala keputusan ada di tangan Tuhan. Dan dasar semuanya, ialah DOA. Segalanya harus dimulai dengan doa, sebab dengan doa, itu menunjukkan kita tidak dapat melakukan dengan kekuatan kita, tetapi dengan kekuatan dari Tuhan. Doa menunjukkan, kita bersandar penuh kepada Tuhan. Bagaimana Tuhan membantu kita kalau kita sombong? Kita fikir boleh melakukan dengan kekuatan kita sendiri?
Ada lagu rohani yang saya ingat, "Tuhan itu hanya sejauh doa'. Betapa dekatnya Tuhan itu pada kita. Kita hanya perlu berdoa dan membaca, merenungkan dan melakukan Firman-Nya, Dia sangat dekat dengan kita.
Memanglah Tuhan tidak pernah meninggalkan kita. Cuma kita yang meninggalkan Dia. Kita rasa Tuhan itu sangat jauh, sangat jauh dari hati kita, padahal kita yang tidak mengambil masa yang berkualiti dengan Dia. Pagi-pagi kita buat apa yang kita suka, bila sudah balik dari tempat kerja, masa kita mengantuk, lebihan masa tu kita gunakan untuk membaca Firman Tuhan dan berdoa. Apa lagi, bangun tidur baru terucap "Amin".
Saya mengatakan ini kerana saya sendiri pun pernah melakukannya. Bila ada lebihan masa, barulah kita mahu berdoa, membaca Firman Tuhan. Ampuni saya Tuhan.
Seharusnya, kita memberikan yang terbaik untuk Tuhan termasuk masa kita, duit kita.
Berkenaan dengan duit, saya akan post dalam bahagian yang baru.
No comments:
Post a Comment