Wednesday, 25 July 2012

Disembuhkan, :-)

2 RAJA-RAJA 5

Ulasan saya:
Naaman adalah seorang panglima angkatan bersenjata Siria. Dia seorang perkasa, tetapi dia berpenyakit kulit. Pelayan istri Naaman, seorang Israel memberitahu bahawa Naaman boleh disembuhkan sekiranya dia datang bertemu dengan seorang nabi di Israel. Naaman pergi menemui nabi tersebut dan disuruh untuk mandi tujuh kali di Sg. Yordan supaya sembuh. Pada mulanya Naaman tidak mahu tetapi selepas pelayan-pelayannya memujuk dia, akhirnya Naaman pergi.

Dengan kuasa Allah, Naaman sembuh! Dia terus percaya kepada Tuhan dan berjanji akan hanya mempersembahkan kurban kepada Tuhan dan bukannya kepada ilah lain. Dia percaya dan mengetahui kebenaran bahawa, hanya ada satu TUHAN yang layak disembah.  


Gehazi pula mendapat penyakit Naaman kerana dia tamak. 


Pengajaran saya:

Jangan menjadi tamak.  Naaman disembuhkan kerana kuasa Allah, bukannya kuasa manusia.  Allah memberi kesembuhan kepada Naaman supaya Naaman tahu bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang layak disembah di dunia ini, tiada yang lain.  Elisa tidak mahu menerima pemberian Naaman kerana biarlah Naaman mempersembahkan kesyukurannya hanya kepada Tuhan dan dia tidak mahu ditinggikan, tetapi biarlah hanya Tuhan yang ditinggikan.  

Percaya sepenuhnya kepada Tuhan.  Tiada yang mustahil bagi-Nya.

Tuesday, 24 July 2012

Siapa jalan dan kebenaran? Jawapannya?

Yesuslah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada yang dapat datang kepada Bapa, kecuali melalui Yesus. Sangat jelas, Yesus mengatakan, HANYA DIALAH JALAN, KEBENARAN DAN HIDUP. Apa lagi yang mahu cari? Yesuslah jalan itu,Yesuslah kebenaran itu dan DIALAH HIDUP yang kita cari.  Selagi anda masih bernafas di dunia ini, selagi itulah peluang terbuka luas untuk anda- percaya dan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat anda. Selepas mati, semuanya telah TERLAMBAT. SANGAT TERLAMBAT. Jangan sia-siakan peluang yang Tuhan berikan kepada kita semua untuk bertobat. Tuhan Yesus mengasihi kita semua. Dia sangat mengasihi kita.  Dia tidak mahu kita berakhir di API NERAKA. Dia mahu bersama-sama kita di SYURGA nanti. Jangan sampai terlambat. Bertindak sekarang. Percayalah kepada YESUS KRISTUS RAJA PENYELAMAT.

Friday, 20 July 2012

Kristian bukan hubungan tetapi..........













Kristian bukan agama, tetapi ia adalah hubungan kita dengan Tuhan dan  Juruselamat iaitu Yesus Kristus.  Yesus ada di dalam kehidupan kita dan kita bersandar penuh terhadap-Nya.  Kita mentaati semua perintah-Nya.  Itulah yang dinamakan Kristian.  

Thursday, 19 July 2012

Beratnya masalah ini, tetapi????

2 Raja-raja 4:18-44

Dalam petikan ini, saya dapat, 

Allah itu berkuasa! Dia yang menghidupkan anak itu melalui Elia. Pada pandangan manusia, menghidupkan semula orang mati adalah mustahil, tetapi itu hanyalah perkara yang senang bagi Tuhan.  Kalau Dia boleh menghidupkan orang mati, apatah lagi dengan masalah kehidupan harian kita.  Kehidupan ini tidak pernah lari dari masalah.   

Tetapi kita adalah pilihan, sama ada menyerahkan masalah itu kepada Allah dengan berdoa dan percaya sepenuhnya bahawa Dia akan menyelesaikan setiap masalah kita ataupun menyesakkan kehidupan kita dengan masalah tersebut.  Kita tidak dapat menyelesaikan masalah dengan kekuatan kita sendiri, kita hanya dapat menyelesaikan sebahagian, tetapi Tuhan menyelesaikan masalah kita dengan sempurna dan tepat pada waktunya.  Tuhan sudah menyediakan waktu yang sempurna untuk segala sesuatu terjadi dalam kehdiupan kita. 


Dalam ayat 44, “Setelah makan masih ada sisanya seperti yang dikatakan TUHAN.” 

Tuhan menepati setiap janjinya. Asal sahaja kita percaya, janji Tuhan akan sentiasa terkabul untuk kita.  Seperti dalam Matius 11:28 “Marilah kepada-Ku semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu”  Ini merupakan salah satu janji Tuhan kepada kita.  Yesus sudah berjanji, Dia akan memberi kelegaan kepada kita walau sebesar manapun masalah dan bebanan kita, asal sahaja kita datang kepada-Nya.   

Kita meluahkan apa sahaja bebanan yang kita hadapi kepada Yesus, dan kalau sudah menyerahkan bebanan tersebut kepada campur tangan Yesus, segala kekhuatiran dalam hati kita hendaklah dibuang.  Sebab dalam Filipi 4:6 “ Janganlah hendaknya kamu khuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur.”


Wednesday, 18 July 2012

Tugas saya??

Pada 15hb Julai 2012, St. Mary telah mengadakan pemilihan komiti pelayan.  Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memberi saya peluang untuk melayani kerana memberikan tugas ajk Alkitab kepada saya.  Saya bukan mahu menyombong  diri, pada saat bertepuk tangan, saya bukan bertepuk tangan untuk diri saya, tetapi masa itu, saya bertepuk tangan kerana gembira TUHAN MENJAWAB DOA saya.  Sebelum ini, saya berdoa kepada Tuhan, "Tuhan, saya tahu Engkau mempunyai rancangan untuk saya berada di sini. Bantulah saya bagaimana saya boleh membantu umat-umat di St. Mary. Saya tidak tahu, saya tidak berani, tetapi tolonglah saya." Dan 15hb ini, TUHAN menjawab doa saya! Terima kasih Tuhan. Saya bukannya mahu meninggi diri di hadapan manusia, dan Engkau pun tahu tentang hal ini.  Hanya Engkau yang mengenal hati saya dan  saya harus melakukan kehendakMu. 

Sekarang ini, saya sangat takut kalau saya masuk neraka. Bantulah saya Tuhan, supaya saya tidak mencintai dunia dan dosa tetapi hanya melayani dan memuji YESUS KRISTUS TUHAN!



Saturday, 7 July 2012

Siapakah Allah itu????


Mazmur 4:1-8

 

Doa malam

1 Untuk pemimpin kor. Dengan permainan kecapi. Mazmur Daud.
2 Ya Allah, Engkaulah pembelaku; jawablah bila aku berseru. Waktu aku susah, Engkau menolong aku; sekarang kasihanilah aku dan dengarlah doaku.
3 Hai orang-orang, berapa lama lagi kamu menghina Allahku? Sampai kapan kamu mencintai yang sia-sia dan mengejar yang tidak benar?
4 Ketahuilah, TUHAN telah memilih bagi diri-Nya seorang yang dikasihi-Nya. TUHAN mendengarkan bila aku berseru kepada-Nya.
5 Gemetarlah ketakutan dan jangan berdosa lagi. Renungkanlah sambil berdiam diri, waktu berbaring di tempat tidur.
6 Persembahkanlah kurban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.
7 Banyak orang bertanya, “Siapa yang akan memberkati kita?” Semoga Engkau berkenan kepada kami, ya TUHAN.
8 Engkau membuat hatiku lebih gembira daripada orang yang limpah panenannya. 

 
Pengajaran saya:

Siapakah Allah itu?
  • Dia adalah pembelaku.
  • Dia menjawab apabila saya berseru kepada-Nya.
  • Dia menolong semasa saya dalam kesusahan.
  • Dia mengasihani saya.
  • Dia mendengarkan doaku.
  • Dia membuat hati saya lebih gembira daripada orang yang berlimpah tuaiannya.

Apa yang harus saya lakukan?
  • Gementar kepada Allah. Saya hanya perlu takut kepada Tuhan sahaja. hormat kepada Dia sahaja.
  • Jangan berdosa lagi. Roh Kudus, sentiasa buatkan saya peka terhadapMu.
  • Merenungkan perbuatan sendiri, apakah benar atau tidak.
  • Mempersembahkan korban yang benar. Korban yang benar di hadapan Tuhan adalah hati yang hancur dan penuh penyesalan dan bertobat.
  • Percaya kepada Tuhan.


Apa yang tidak harus saya lakukan?
  • Jangan mengina Allah.
  • Jangan mencintai yang sia-sia. Segala yang ada di dunia ini adalah sia-sia.
  • Jangan mengejar yang tidak benar. Kalau Tuhan memberkati saya dengan harta, syukur, tetapi saya tidak perlu mengejar harta dan kekayaan kerana apa yang saya miliki di dunia ini bukannya boleh menjamin saya masuk syurga, tidak boleh saya bawa mati, tetapi apa yang saya lakukan untuk Tuhan, itulah yang akan kekal abadi. Tuhan, bantulah saya.

Friday, 6 July 2012

Merungut dan menjaga hati nurani

Kisah Para Rasul 24:1-27 


Serba sedikit kajian


Orang-orang yang terlibat dalam petikan ini: Paulus, Gabenor Feliks, Drusila (isteri gabenor Feliks, seorang Yahudi) ,komandon Lisias, Tertulus, pemimpin-pemimpin Yahudi, orang-orang Yahudi, Perkius Festus.

Permulaan: Pemimpin-pemimpin Yahudi dan seorang pengacara Tertulus pergi ke Kaisarea untuk menghadap gabenor Feliks untuk mengemukakan pertuduhan kepada Paulus.

Pertengahan: Pertuduhan terhadap Paulus dibacakan.  Paulus membela diri.

Akhir: Gabenor Feliks mengambil keputusan untuk memutuskan perkara Paulus.  Gabenor selalu memanggil Paulus. 2 tahun kemudian, Perkius Festus menggantikan Feliks. Paulus dibiarkan oleh Feliks di penjara kerana mahu mengambil hati orang-orang Yahudi.

Sebab Paulus ditangkap:

  • Ayat 14: Memang saya harus akui kepada Tuan bahwa saya menyembah Allah nenek moyang kami menurut ajaran Yesus yang mereka anggap salah.
  • Ayat 21: Mereka dapati hanya kalimat yang satu ini saja yang saya ucapkan di hadapan mereka, yaitu kalimat: Saya diadili hari ini oleh sebab saya percaya bahwa orang-orang mati akan dihidupkan kembali.”


Pengajaran untuk saya


  • Paulus tidak merungut walaupun ditahan dan dipenjarakan.  Saya tidak seharusnya merungut apabila saya mengalami kesusahan kerana mengikut Yesus.  Kadang-kadang dalam kesusahan, akan ada peluang untuk mengongsikan Yesus.
  • Ayat 16 :Itu sebabnya saya selalu berusaha sebaik-baiknya, supaya hati nurani saya bersih terhadap Allah dan bersih terhadap manusia.”  Saya harus sentiasa berusaha dengan pertolongan Tuhan menjaga hati saya supaya bersih terhadap Allah dan juga terhadap manusia.




Belajar keturunan

1 Tawarikh 3:1-24

Keturunan-keturuanan Raja Daud.

Saya membuat jadualnya supaya mudah difahami.

Jadualnya ada di dalam:
https://www.box.com/s/e1740ba099290b0d0327

Thursday, 5 July 2012

Sangat banyak yang menyerang saya

 Mazmur 3:1-8

1 Mazmur Daud, ketika ia lari dari Absalom, anaknya.

2 Ya TUHAN, alangkah banyaknya musuhku, sangat banyak yang menyerang aku!
3 Ada banyak yang berkata bahwa Allah tak mau menolong aku.
4 Tetapi Engkau, ya TUHAN, adalah perisai yang melindungi aku. Kauberi aku kemenangan, dan Kaubesarkan hatiku.
5 Aku berseru kepada TUHAN; dari bukit-Nya yang suci Ia menjawab aku.
6 Aku berbaring dan tidur dengan tentram, dan bangun lagi, sebab TUHAN menopang aku.
7 Aku tidak takut kepada ribuan lawan yang mengepung aku dari segala jurusan.
8 Selamatkanlah aku, ya TUHAN Allahku, hukumlah dan lumpuhkanlah semua lawanku.


Apa yang saya dapat:

Saya fikir, saya mungkin tidak mempunyai musuh dalam kalangan manusia, tetapi dari segi lain musuh saya adalah banyak. Antaranya, godaan dunia seperti kekayaan, penghargaan manusia, keinginan daging, sikap mementingkan diri sendiri dan mungkin banyak lagi.  Saya tidak boleh melawan musuh-musuh saya dengan kekuatan diri saya sendiri, tetapi dengan pertolongan TUHAN, saya boleh! Dengan kekuatan dari TUHAN, saya boleh melawan musuh-musuh saya! Terima kasih Tuhan. Bantu saya supaya saya tidak dikalahkan oleh musuh-musuh saya.

Hari ini, ada seorang pekerja Singer mati mengejut disebabkan oleh strok. Saya terus tersedar, saya tidak tahu masanya saya akan mati. Saya tidak tahu, hanya Tuhan yang tahu, dan yang paling saya takut ialah, saya takut kalau saya mati tanpa sempat meminta pengampunan dari Tuhan. Jadi, saya sedar betapa pentingnya untuk sentiasa berjalan dalam pimpinan Roh Kudus supaya saya tidak berjalan dalam dosa. Tuhan, tolong saya. Saya tahu, selagi saya hidup dalam daging ini, dalam dunia ini, godaan akan sentiasa ada. Beri saya kekuatan dan buatkan saya sentiasa peka akan pimpinan Roh Kudus, supaya saya berjalan menurut pimpinanMu, bukan berjalan menurut keinginan saya sendiri.  Dalam nama Yesus, Amen.



Wednesday, 4 July 2012

Salah sangka


Ayat-ayat ini sepatutnya menjadi pedoman setiap manusia.

Efesus 4:31 “ Segala kepahitan, kegeraman, kemarahan, pertikaian dan fitnah hendaklah dibuang dari antara kamu, demikian pula segala kejahatan.”

Yeremia 9:4 “Baiklah setiap orang berjaga-jaga terhadap temannya, dan janganlah percaya kepada saudara manapun, sebab setiap saudara adalah penipu ulung, dan setiap teman berjalan kian ke mari sebagai penfitnah.

1 Petrus 2:1 “Karena itu buanglah segala kejahatan, segala tipu muslihat dan segala macam kemunafikan, kedengkian dan fitnah.

Kolose 3:8 Tetapi sekarang, buanglah semuanya ini, yaitu marah, geram, kejahatan, fitnah dan kata-kata kotor yang keluar dari mulutmu.

Ya Tuhan, jauhkan saya dari sikap-sikap yang menyakitkan Engkau.  Jangan biarkan saya menjadi orang yang menghakimi orang lain kerana hanya Engkau yang berhak menghakimi dan hanya Engkau yang tahu fikiran manusia.  Jangan biarkan aku memfitnah orang lain. Jangan biarkan aku salah sangka tanpa usul periksa.  Saya selalu merasa orang lain membenci saya, memarahi saya, tidak suka pada saya, berfikiran buruk pada saya. Tuhan, bebaskan saya dari fikiran negatif ini kerana saya tidak tahu fikiran orang lain. Terima kasih Tuhan, hanya Engkau yang memahami fikiran saya.  Hanya Engkau yang tahu segalanya tentang saya, jadi buatkan saya tidak risau dengan apa orang lain fikirkan terhadap saya. I LOVE YOU, JESUS. AMEN.

Saya takut mengongsikan-Nya


Kisah Para Rasul 23:11-35

Paulus telah diutus oleh Yesus sendiri untuk memberikan kesaksian tentang diri-Nya.  Walaupun pada mulanya Paulus adalah orang yang sangat membenci pengikut Yesus.  Kisah Para Rasul 9: 1-2 “ Sementara itu berkobar-kobar hati Saulus untuk mengancam dan membunuh murid-murid Tuhan.  Ia menghadap Imam Besar, dan meminta surat kuasa dari padanya untuk dibawa kepada majelis-majelis Yahudi di Damsyik, supaya ia menemukan laki-laki atau perempuan yang mengikuti Jalan Tuhan, ia menangkap mereka dan membawa mereka ke Yerusalem. “

Tuhan boleh memakai siapa-siapa sahaja untuk melakukan pekerjaan- Nya.  Dan apabila kita mentaati-Nya, Dia sendiri akan memberikan kekuatan kepada kita.  Seperti dalam Kisah Para Rasul 23: 11 “ Malam berikutnya Tuhan Yesus berdiri di sisi Paulus dan berkata, “Kuatkan hatimu! Engkau sudah memberi kesaksianmu mengenai Aku di Yerusalem. Engkau nanti harus memberi kesaksian itu di Roma juga.”


Teguran untuk saya:

Mentaati perintah Tuhan.  Saya sebenarnya takut dan mahu lari dari apa-apa tanggungjawab.  Tetapi Yesus ada Amanat Agung dalam Matius 28:19Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa  murid-Ku dan baptislah  mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus…”   

Di mana-mana sahaja, sebagai murid-Nya, saya seharusnya mengongsikan berita baik penyelamatan dari Yesus kepada yang belum percaya dan membawa mereka ke gereja.   

Saya takut dan segan.   Saya takut ditolak. Saya takut orang akan cakap saya tunjuk alim. Tuhan, jangan biarkan saya pentingkan diri sendiri dengan tidak mengongsikan penyelamatanMu kepada orang lain.  Jangan biarkan saya lebih mementingkan anggapan manusia daripada perintahMu.   Mesti Kau  sedih, saya berkelakuan seperti ini. Ampunkan saya Yesus.  Bantulah saya Yesus. Saya tidak dapat berbuat apa-apa tanpa bantuanMu.

Mengongsikan Yesus melalui gaya hidup sahaja  adalah tidak cukup tetapi saya perlu mengongsikan.  Saya tahu, saya bukan orang yang sempurna.  Saya masih hidup dalam dunia ini dan selalu tersasar daripada mengikuti pimpinan Roh Kudus. Saya kadang-kadang tidak dapat mengawal emosi.  Tuhan, ampunkan saya.  Jadi, kadang-kadang gaya hidup saya tidak dapat memberi kesaksian kepada orang lain.

Saya tidak perlu takut kerana Tuhan pasti menyertai dan melindungi saya.  Seperti Paulus dalam Kisah Para Rasul 23:12-35, dia tidak berjaya dibunuh oleh orang-orang Yahudi kerana Yesus membantu dia melalui orang-orang di sekelilingnya.

Tuesday, 3 July 2012

Keturunan Yehuda, anak Yakub

Keturunan Yehuda, anak Yakub

 Ayat 1-2 


Anak lelaki Yakub ada 12 orang:

1. Ruben

2. Simeon
3.Lewi
4.Yehuda
5.Isakhar
6.Zebulon
7.Dan
8.Yusuf
9. Benyamin
10. Naftali
11. Gad
12. Asyer
Anak lelaki Yehuda ada 5 orang:
Yehuda + Batsyua (wanita Kanaan) = Er, Onan, Sela
Yehuda + Tamar (anak menantunya sendiri) =Peres, Zerah
Er anak sulung Yehuda sangat jahat sehingga TUHAN membunuhnya. 
Peres mempunyai dua anak laki-laki = Hezron, Hamul
Zerah mempunyai 5 orang anak laki-laki = Zimri, Etan, Heman, Kalkol, Dara
Ayat 7 
Akhan anak Karmi keturunan Zerah mendatangkan malapetaka atas umat Israel kerana mengambil barang rampasan yang dikhususkan untuk Allah.   
Ayat 8
Etan ada seorang anak laki-laki = Azarya
Ayat 9
Hezron mempunyai 3 anak laki-laki = Yerahmeel, Ram, Kaleb 
Ayat 10-17
Garis silsilah dari Ram  sampai Isai = Ram-Aminadab, Nahason (seorang tokoh suku Yehuda), Salmon, Boas, Obed, Isai.
Anak lelaki Isai ada tujuh=Eliab, Abinadab, Simea, Netaneel, Radai, Ozem, Daud
Isai mempunyai dua anak perempuan = Zeruya, Abigail
  Zeruya mempunyai 3 org anak = Abisai, Yoab, Asael
 Abigail kawin dengan Yeter keturunan Ismael= seorang anak lelaki, Amasa
*Walaupun ayat-ayat ini hanya menceritakan keturunan-keturunan tetapi, ini adalah penting kerana keturunan Yesus pun ada salasilah dalam Alkitab walaupun Yesus lahir dari kuasa Roh Kudus.  
Mat 1:18" Kelahiran Yesus Kristus adalah seperti berikut: Pada waktu Maria bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia mengandung dari Roh Kudus, sebelum mereka hidup sebagai suami isteri. 
Keturunan ini juga boleh menjadi pengajaran kepada saya.  Keturunan yang menghormati dan mentaati Tuhan diberkati dan keturunan yang melawan Tuhan dihukum. 
Seperti raja-raja Israel yang berdosa kepada Tuhan, mereka semua dihukum atas dosa mereka. (Baca 1 Raja-raja dan 2 Raja-raja)
Doa:
Semoga keturunan saya menjadi keturunan yang takut akan Tuhan dan menghormati-Nya.




Saya membuat jadual-jadual supaya senang saya memahaminya.  Saya tidak letak di sini, tetapi saya simpan dalam file online. 
https://www.box.com/s/277562e62af705ec7d65


1 Tawarikh 1 Keturunan Adam sampai Abraham


 (Supaya senang saya memahami keturunan ini, saya membuat jadual ini.  Adam merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah.  Bermula dari Adam, manusia bertambah, seperti yang ada di muka bumi sekarang ini.  Semakin banyak manusia, semakin banyak kejahatan, tetapi Tuhan tetap mengasihi manusia dan mahu supaya manusia tidak binasa melalui Yesus Kristus.)

 

1 TAWARIKH 1

Garis keturunan dari Adam sampai Abraham

Dari Adam sampai Nuh

Ayat 1-4

Adam -Set- Enos -Kenan- Mahalaeel -Yared- Henokh- Metusalah -Lamekh -Nuh

Bangsa-bangsa keturunan Nuh

Ayat 5-21

Anak-anak lelaki Nuh :Sem, Ham dan Yafet

Anak-anak Nuh

Keturunan

Keterangan

Yafet

Gomer, Magog,Madai,Yawan,Tubal,

Mesekh,Tiras

Leluhur bangsa-bangsa yang disebut menurut nama mereka

Ham

Kus, Mesir, Libia, Kanaan

Leluhur bangsa-bangsa yang disebut menurut nama mereka

Sem

Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter dan Mesekh.

Leluhur bangsa-bangsa yang disebut menurut nama mereka.



Anak Yafet

Keturunan

Gomer

Orang Askenas, Rifat, Togarma

Yawan

Orang Elisa, Spanyol, Siprus, Rodes


 

 

Anak Ham

Keturunan

Keterangan

Kus

Orang Seba, Hawila, Sabta, Raema dan Sabtekha.

Kus mempunyai seorang anak laki-laki bernama Nimrod, yang menjadi raja perkasa yang pertama di dunia.

Keturunan Raema ialah orang Syeba dan Dedan.

Mesir

Orang Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim,Patrusim, Kasluhim, dan Kreta.

Leluhur orang Filistin.

Kanaan

Sidon,Het 

 Kanaan adalah juga leluhur orang Yebusi, Amori, Girgasi, Hewi, Arki, Sini, Arwadi, Semari dan Hamati.

Leluhur bangsa-bangsa yang disebut dgn nama mereka

 

 

 

 

 

 

 

 

 Anak Sem

Keturunan

Keterangan

Arpakhsad

Selah

Eber

 (Tersasar pergi bawah pula.:-) )

Anak Eber

Keturunan

Peleg

Dinamakan Peleg kerana pada zamannya, bangsa-bangsa di dunia terbagi-bagi

Yoktan

Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah, Hadoram, Uzal, Dilka, Ebal, Abimael, Syeba, Ofir,Hawila, Yobab

 

 

 

 

Dari Sem sampai Abraham

Ayat 24-27

Sem –Arpakhsad-Selah- Eber- Peleg- Rehu- Serug –Nahor- Terah- Abram (dikenal juga sebagai Abraham).

 

Keturunan Ismael

(Kej. 25:12-16)

Ayat 28-30

Anak-anak Ismael: Nebayot, Kedar, Adbeel, Mibsam, Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema,Yetur, Nafis dan Kedma


 Keturunan Abraham dan Ketura

Ayat 32-33

Abraham mempunyai selir iaitu Ketura

 

Abraham

Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak, Suah

Yoksan

Syeba, Dedan

Midian

Efa, Efer, Henokh, Abida, Eldaa

 

Keturunan Esau anak Ishak

(Kej. 36:1-19)

Ayat 34-37

Ishak anak Abraham mempunyai dua orang anak laki-laki- Esau dan Yakub

Esau

Elifas, Rahuel, Yeus, Yaelam, Korah

Elifas

Leluhur suku Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, Amalek

Rahuel

Leluhur suku Nahat, Zerah, Syama, Miza

 

Penduduk asli tanah Edom

(Kej. 36:20-30)

Ayat 38-42

Penduduk asli tanah Edom

Keturunan anak-anak Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, Disyan

Lotan

(mempunyai saudara perempuan bernama Timna)

Hori, Homam

Syobal

Alyan, Manahat, Ebal, Syefi, Onam

Zibeon

Aya, Ana

Ezer

Bilham, Zaawan, Yaakan

Disyan

Us, Aran

Ana

Disyon

Disyon

Hamran, Esyban, Yitran, Keran

 

Raja-raja Edom

(Kej. 36:31-43)

Ayat 43-50 

Raja yang memerintah Edom sebelum ada raja memerintah di Israel
Dari
Bela anak Beor
Dinhaba
Yobab anak Zerah
Bozra Husyam dari daerah orang Téman
Hadad anak Bedad
Awit (dialah yang mengalahkan orang Midian dalam pertempuran di daerah Moab)
Samla
Masyreka
Saul
Rehobot di pinggir sungai Baal
Hanan anak Akhbor Hadad
Pahi (istrinya bernama Mehetabeel, anak Matred dan cucu Mezahab)
 

Bangsa Edom

Ayat 51-54


Bangsa Edom
Suku Timna, Alya, Yetet,Oholibama, Ela, Pinon,Kenas, Téman, Mibzar,Magdiel dan Iram


 

   

 Saya membuat jadual supaya senang memahaminya. Saya tidak post di sini, tetapi saya simpan dalam file online saya.

https://www.box.com/s/277562e62af705ec7d65