Wednesday, 15 August 2012

Kebiasaan dunia yang sangat menyedihkan

Luahan hati saya, Yesus tahu juga tu...:-)

Saya orang miskin, saya tidak ada rumah sendiri.  Adapun rumah ibubapa saya di kampung. Sekarang saya kerja di Kolombong, saya hanya menumpang aunty saya. Saya hairan juga, saya rasa orang meminggirkan saya. Saya pun tidak faham apa kesalahan saya. Saya menjadi diri saya sendiri. Memanglah kalau jadi diri sendiri, orang lain akan melihat segala kelemahan saya.  Tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura. Itulah diri saya. Itulah cara saya bergaul dengan orang. Mungkin orang melihat saya sombong, berlagak, tunjuk alim, tapi hakikatnya saya tidak terfikir pun untuk berlagak sombong, berlagak pandai. Saya ini bodoh. Buat apa saya berlagak? Tiada faedah pun saya berlagak.  Tiada yang saya dapat. Saya bodoh, segala kepandaian, kebijaksanaan adalah kepunyaan Tuhan. Saya manusia biasa ja, banyak kekurangan. 

Kadang-kadang saya rasa penat. Macam saya rasa, kalaulah saya boleh mati awal. Tetapi masih banyak lagi yang Tuhan mahu perlihatkan kepada saya di dunia ini. Masih banyak lagi tugas untuk saya di dunia ini.  Harap-haraplah dengan bantuan Tuhan saya dapat melaksanakannya. 

Bos saya cakap, kita buat kerja senang, tetapi kita deal dengan orang yang susah. Ada betul jugalah. Kita tidak tahu apa dalam hati orang tu, sebab kita BUKAN TUHAN. Kita manusia biasa, MANUSIA BIASA. 

Roma 3:9-19
3:9 Jadi bagaimana? Adakah kita mempunyai kelebihan dari pada orang lain? Sama sekali tidak. Sebab di atas telah kita tuduh baik orang Yahudi, maupun orang Yunani, bahwa mereka semua ada di bawah kuasa dosa ,

3.10 seperti ada tertulis: "Tidak ada yang benar , seorangpun tidak. 

3:11 Tidak ada seorangpun yang berakal budi, tidak ada seorangpun yang mencari Allah.  

3:12 Semua orang telah menyeleweng, mereka semua tidak berguna, tidak ada yang berbuat baik, seorangpun tidak.   

3:13 Kerongkongan mereka seperti kubur yang ternganga, lidah mereka merayu-rayu,   bibir   mereka mengandung bisa.  

3:14 Mulut mereka penuh dengan sumpah serapah,   

3:15 kaki mereka cepat untuk menumpahkan darah.  

3:16 Keruntuhan dan kebinasaan mereka tinggalkan di jalan mereka, 

3:17 dan jalan damai tidak mereka kenal;  

3:18 rasa takut kepada Allah tidak ada   pada orang itu.

3:19 Tetapi kita tahu, bahwa segala sesuatu yang tercantum dalam Kitab Taurat  ditujukan kepada mereka yang hidup di bawah hukum Taurat,  supaya tersumbat  setiap mulut dan seluruh dunia jatuh ke bawah hukuman Allah.

Tuesday, 14 August 2012

Hati yang kotor

Kisah Para Rasul 15:1-35

Ayat 8-9 ---- 8 Dan Allah yang mengenal hati manusia sudah menunjukkan bahwa Ia menerima mereka; Ia menunjukkan hal itu dengan memberikan kepada mereka Roh Allah sama seperti yang sudah diberikan-Nya kepada kita juga. 9 Allah tidak membeda-bedakan kita dengan mereka. Ia menyucikan hati mereka, karena mereka percaya


Doa saya berdasarkan ayat ini. 







Engkau adalah Allah yang mengenal hati manusia ya Bapa. Jadikan kami rendah hati terhadap sesama kami dan terhadapMu. Bapa, kami yang telah percaya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat telah Engkau kurniakan dengan Roh Kudus.  Jadikan kami peka terhadap pimpinan Roh KudusMu dan mentaati pimpinan itu.  Sentiasa sedarkan kami, kami adalah berdosa sekiranya tidak menghiraukan pimpinan Roh Kudus dalam hidup kami. Sentiasa sedarkan kami, Engkau adalah Allah yang tidak membeza-bezakan antara pengikutMu.  Kami adalah sama di hadapanMu, yang berbeza adalah, adakah kami mentaati perintahMu ataupun tidak. Bapa, sentiasa sucikan hati kami. Bantu kami untuk membuang segala yang tidak kudus dalam hati kami. Hilangkan semua kekotoran dalam hati kami ya Tuhan. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin

Friday, 3 August 2012

Dia membuat rancangan untuk menjatuhkan saya, tetapi dia sendiri pula yang jatuh.


2 SAMUEL 17



Pengajaran yang saya dapat melalui petikan ini.

  • Tuhan menyertai orang yang takut akan Dia.  Daud seorang yang takut akan Tuhan.  Walaupun ada orang yang membuat rencana untuk menjatuhkan dia, Tuhan menggagalkan rencana tersebut dan membuat perangkap bagi mereka yang menjatuhkan Daud.
  • Seperti Ahitofel, dia memberikan rancangan yang bagus untuk membunuh Daud, tetapi Tuhan menggagalkan rancangan itu. Akhirnya, Ahitofel pula yang pergi menggantung dirinya.
  • Sentiasa setia, takut dan taat kepada Tuhan, walau apa pun rancangan orang lain untuk menjatuhkan kita, Tuhan akan menjaga kita dan memelihara kita daripada segala niat jahat orang lain.

Carilah Dia selagi masih dapat

Carilah Tuhan selagi masih dapat! Carilah Dia selagi ada masa, selagi ada kesempatan, carilah Dia dengan bersungguh2, sebelum SEMUANYA TERLAMBAT. 

 Carilah Dia selagi anda hidup di dunia ini, anda tidak tahu bila anda akan mati, anda tidak tahu bila Yesus akan datang ke dunia. Carilah DIA! Carilah TUHAN! Sebelum semuanya terlambat bagimu, sekaranglah masanya anda kembali kepada TUHAN YESUS dan bertobat!

Sekaranglah masanya wahai saudara-saudaraku.  Masa semakin singkat. Bertobatlah sebelum semuanya terlambat.

Kepada mereka yang belum percaya kepada Yesus, percayalah kepada Yesus dan terimalah Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat anda dan Dia akan mengampuni dosamu dan memberikan jaminan hidup kekal di syurga kepada anda.  Masih belum terlambat. Jangan ragu-ragu. Jangan biarkan keraguan anda memusnahkan anda. Jangan biarkan keraguan anda akhirnya membawa anda ke neraka! Sekaranglah masanya wahai saudaraku, jangan terlambat. Tuhan Yesus sangat mengasihi anda dan Dia mahu anda selamat bersamaNya di Syurga.

Tiada yang akan pergi ke Syurga sekiranya dia tidak percaya kepada Yesus. Yesuslah kunci anda untuk ke Syurga. Anda percaya kepadaNya dan mentaati semua perintahNya, tempat anda sudah tersedia di Syurga.  Yesus adalah raja dan penyelamat dunia. Dia mati dia atas kayu salib untuk menyelamatkan semua manusia.  Jangan terlambat saudaraku!

Yesuslah satu-satunya jalan kepada keselamatan anda!



We Wait In Hope for the Lord Practice

My God Will Meet All Your Needs Performance

Praise the Lord

Worship You Forever

Let Your Light Shine