Friday, 3 August 2012

Carilah Dia selagi masih dapat

Carilah Tuhan selagi masih dapat! Carilah Dia selagi ada masa, selagi ada kesempatan, carilah Dia dengan bersungguh2, sebelum SEMUANYA TERLAMBAT. 

 Carilah Dia selagi anda hidup di dunia ini, anda tidak tahu bila anda akan mati, anda tidak tahu bila Yesus akan datang ke dunia. Carilah DIA! Carilah TUHAN! Sebelum semuanya terlambat bagimu, sekaranglah masanya anda kembali kepada TUHAN YESUS dan bertobat!

Sekaranglah masanya wahai saudara-saudaraku.  Masa semakin singkat. Bertobatlah sebelum semuanya terlambat.

Kepada mereka yang belum percaya kepada Yesus, percayalah kepada Yesus dan terimalah Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat anda dan Dia akan mengampuni dosamu dan memberikan jaminan hidup kekal di syurga kepada anda.  Masih belum terlambat. Jangan ragu-ragu. Jangan biarkan keraguan anda memusnahkan anda. Jangan biarkan keraguan anda akhirnya membawa anda ke neraka! Sekaranglah masanya wahai saudaraku, jangan terlambat. Tuhan Yesus sangat mengasihi anda dan Dia mahu anda selamat bersamaNya di Syurga.

Tiada yang akan pergi ke Syurga sekiranya dia tidak percaya kepada Yesus. Yesuslah kunci anda untuk ke Syurga. Anda percaya kepadaNya dan mentaati semua perintahNya, tempat anda sudah tersedia di Syurga.  Yesus adalah raja dan penyelamat dunia. Dia mati dia atas kayu salib untuk menyelamatkan semua manusia.  Jangan terlambat saudaraku!

Yesuslah satu-satunya jalan kepada keselamatan anda!



No comments:

Post a Comment