Tuesday, 23 October 2012
Tuhan tidak menahan apa-apa yang baik kepada orang yang tidak bercela
MAZMUR 84
12TUHAN pelindung dan raja mulia kita,Dia memberkati kita dengan kebaikan dan kehormatan.Dia tidak menahan apa-apa yang baikdaripada mereka yang hidup tidak bercela.
Tuesday, 16 October 2012
Jangan sembarangan tauuuu...
11Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya bagaikan buah emas di dalam pinggan perak.
12Amaran
yang diberikan oleh orang bijak kepada orang yang suka menerimanya
adalah lebih berharga daripada cincin emas atau barang kemas.
13Utusan yang boleh dipercayai, menyegarkan hati orang yang mengutusnya, seperti air minum yang sejuk pada musim panas.
14Orang yang tidak menepati janjinya bagaikan awan dan angin yang tidak membawa hujan.
Tidak percaya kepada Yesus? Apa akibatnya?
2 TESALONIKA 1
5Di sini nyata betapa adilnya penghakiman Allah:
Allah akan menjadikan kamu layak untuk menikmati Dunia Baru Allah, yang baginya kamu telah mengalami penderitaan.
6Allah akan melakukan apa yang adil.
Dia akan mendatangkan penderitaan kepada orang yang membuat kamu menderita.
7Dia pun akan memberikan kelegaan kepada kamu yang menanggung penderitaan dan juga kepada kami.
Allah akan melakukan hal ini apabila Tuhan Yesus turun dari syurga dan menampakkan diri dengan malaikat-malaikat-Nya yang perkasa,
8dan dengan api yang bernyala-nyala.
Dia datang untuk menghukum orang yang tidak mahu mengakui Allah dan orang yang tidak mahu mentaati Berita Baik tentang Yesus Tuhan kita.
9 Mereka akan menerima hukuman kebinasaan selama-lamanya; mereka akan terpisah daripada hadirat Tuhan dan kekuasaan-Nya yang mulia.
10Semua itu akan berlaku, apabila Tuhan datang pada Hari itu kelak untuk menerima kemuliaan daripada semua umat-Nya dan penghormatan daripada semua orang yang percaya kepada-Nya.
Kamu pun akan bersama-sama umat Allah itu, kerana kamu percaya kepada perkhabaran yang kami sampaikan.
Jangan sampai pemimpin umat Kristian tidak memahami Firman Tuhan.
YEREMIA 23
16TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada penduduk Yerusalem, “Jangan dengarkan perkataan nabi-nabi yang sentiasa memberikan harapan kosong belaka.
Mereka hanya menyampaikan khayalan sendiri dan bukan perkhabaran daripada-Ku.
17Mereka selalu berkata kepada orang yang tidak mahu mendengarkan firman-Ku, ‘Kamu akan selamat.’
Mereka berkata kepada setiap orang yang degil, ‘Kamu tidak akan ditimpa bencana.’ ”
18Aku berkata, “Tiada seorang pun daripada nabi-nabi itu mengetahui apa yang terkandung dalam fikiran TUHAN.
Tiada seorang pun antara mereka yang pernah mendengar dan memahami rancangan-Nya; tiada juga yang memperhatikan atau mengendahkan firman-Nya.
19Kemurkaan-Nya bagaikan angin ribut yang mengamuk dan melanda orang jahat.
20Kemurkaan-Nya tidak akan reda sebelum semua rancangan-Nya dilaksanakan.
Pada kemudian hari, umat TUHAN akan memahami hal itu dengan jelas.”
Apa akibat tidak setia kepada Tuhan???
YEREMIA 23
10Negeri penuh dengan orang yang tidak setia kepada TUHAN.
Hidup mereka jahat dan mereka menyalahgunakan kuasa.
Rumput di padang menjadi kering dan seluruh negeri berkabung,kerana dikutuk oleh TUHAN.
11TUHAN berfirman,“Nabi dan imam tidak mahu taat kepada-Ku.Aku mendapati mereka berbuat jahat bahkan di Rumah-Ku.
12Oleh itu, jalan yang dilalui mereka akan licin dan gelap;Aku akan menyebabkan mereka tersandung dan jatuh.
Aku akan mendatangkan malapetaka kepada mereka,apabila masanya tiba untuk menghukum mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.
Siapa raja yang sebenarnya???
YEREMIA 23:1-20
5TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku melantik seorang raja yang adil daripada keturunan Daud.
Raja itu akan memerintah dengan bijaksana, dan melakukan apa yang adil dan benar di seluruh negeri.
6 Apabila dia menjadi raja, orang Yehuda akan selamat, dan orang Israel akan hidup dengan damai. Raja itu akan disebut ‘TUHAN Penyelamat Kita’.
Raja yang tidak mengenal Tuhan ;-(
YEREMIA 22
3“Lakukanlah apa yang adil dan jujur.
Lepaskanlah orang yang ditipu daripada kekuasaan orang yang menipunya.
Jangan tindas atau berbuat jahat terhadap orang asing, anak yatim piatu atau balu.
Jangan bunuh orang yang tidak bersalah di tempat yang suci ini.
13Malanglah orang yang mendirikan rumahnya dengan ketidakadilan,
dan membesarkannya dengan ketidakjujuran.
Dia menyuruh orang bekerja tanpa ganjaran,
dan tidak membayar upah mereka.
14Malanglah orang yang berkata,
“Aku akan mendirikan istana
yang mempunyai bilik-bilik besar di tingkat atas.”
Lalu dia membuat tingkap rumahnya,
dengan bingkai daripada kayu sedar,
lalu mengecatnya dengan warna merah.
15Adakah engkau menjadi raja yang lebih baik,
jika engkau membina istana dengan kayu sedar,
sehingga lebih cantik daripada istana orang lain?
Bapamu menikmati hidup yang bahagia.
Dia selalu berlaku adil dan tidak berat sebelah,
dan dia berjaya dalam segala usahanya.
16Dia mengadili perkara orang miskin dengan adil;
segala sesuatu berjalan dengan baik untuknya.
Itulah ertinya mengenal TUHAN.
17Tetapi engkau hanya mencari keuntungan diri sendiri;
engkau membunuh orang yang tidak bersalah,
dan menindas rakyatmu dengan kejam.
21Aku telah berfirman kepada kamu ketika kamu makmur,
tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Aku.
Itulah yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu;
kamu tidak pernah mahu taat kepada-Ku.
Rahsia terbuka?
AMSAL 25:9-10
9Jika kamu berselisih faham dengan jiran kamu, selesaikanlah perkara itu antara kamu sendiri, dan jangan buka rahsia orang lain.
10Jika kamu membuka rahsia orang lain, kamu akan dicap sebagai orang yang bocor mulut, dan nama kamu tercemar seumur hidup.
hakim, apa tugasmu?
MAZMUR 82:1-8
1Mazmur Asaf.
Allah mengetuai sidang di syurga;di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya,
2“Jangan hakimi orang dengan tidak adil,dan jangan berpihak kepada orang jahat.
3Belalah hak anak yatim dan orang lemah;bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.
4Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat.
5Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu!Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini.
6 Aku berkata bahawa kamu ilahi,bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.
7Namun kamu akan mati seperti manusia;nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa.”
8Datanglah, ya Allah, dan hakimilah dunia;semua bangsa kepunyaan-Mu.
Kehidupan orang Kristian yang sepatutnya ialah.....
1 TESALONIKA 5:4-28
4Tetapi
kamu, saudara-saudara seiman, kamu tidak hidup dalam kegelapan. Hari
itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti kedatangan seorang
pencuri. (Bila Yesus datang ke dunia ke-2 kalinya)
5Kamu
semuanya orang yang hidup dalam cahaya, orang yang tergolong pada siang
yang terang.
Kita bukan orang yang hidup dalam kegelapan, atau yang
tergolong pada malam yang gelap.
6Oleh itu kita tidak seharusnya tidur seperti orang lain. Kita harus berjaga-jaga dan berwaspada.
7Orang tidur pada malam hari; orang pun mabuk pada malam hari.
8
Tetapi kita ini orang yang tergolong pada siang yang terang. Oleh itu
kita harus berwaspada. Kita mesti percaya kepada Tuhan dan mengasihi
orang lain, maka hal itu seperti melindungi diri dengan perisai dada.
Dengan yakin kita berharap akan diselamatkan, dan hal ini seperti
melindungi kepala dengan topi besi.
9Allah memilih kita bukannya untuk mengalami kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Tuhan kita Yesus Kristus.
10Yesus
mati untuk kita supaya kita boleh hidup bersama-sama Dia pada waktu Dia
datang kelak, baik kita masih hidup ataupun telah mati pada waktu itu.
11Oleh itu, hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.
12Saudara-saudaraku,
kami menggesa kamu supaya menghormati mereka yang bekerja di kalangan
kamu. Mereka memimpin dan menasihati kamu dalam kehidupan kamu sebagai
orang Kristian.
13Perlakukanlah
mereka dengan penuh hormat dan kasihilah mereka, kerana semuanya yang
dilakukan oleh mereka. Hendaklah kamu hidup rukun.
14Saudara-saudaraku,
kami menggesa kamu supaya memberikan amaran kepada orang yang malas
bekerja, menabahkan hati orang yang takut, menolong orang yang perlu
ditolong, dan bersabar terhadap semua orang.
15Janganlah
seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus
sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang.
16Hendaklah kamu sentiasa bersukacita,
17dan berdoalah sentiasa.
18Hendaklah
kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki
oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan
Kristus Yesus.
19Janganlah halang Roh Allah.
20Janganlah hina perkhabaran-perkhabaran yang diberikan oleh Roh Allah.
21Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik,
22dan jauhilah segala macam kejahatan.
23Semoga
Allah yang mengurniai kita kesejahteraan, menjadikan kamu
sungguh-sungguh hidup khas untuk Allah. Semoga Allah menjaga roh, jiwa,
dan tubuh kamu, sehingga tidak bercacat cela pada masa Tuhan kita Yesus
Kristus datang kembali.
24Allah yang memanggil kamu akan melakukan hal itu, kerana Dia setia.
25Doakanlah kami, saudara-saudara seiman.
26Bersalamanlah dengan mesra sebagai saudara Kristian.
27Dengan kuasa Tuhan, aku menggesa kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman.
28Semoga Tuhan kita Yesus Kristus memberkati kamu semua.
1 TESALONIKA 5:4-28
4Tetapi kamu, saudara-saudara seiman, kamu tidak hidup dalam kegelapan. Hari itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti kedatangan seorang pencuri. (Bila Yesus datang ke dunia ke-2 kalinya)
Tugasan pemimpin negara yang sebenarnya adalah...
11-12TUHAN menyuruh aku menyampaikan perkhabaran ini kepada keluarga diraja Yehuda, keturunan Raja Daud,
“Dengarkan apa yang Aku, TUHAN, firmankan. Berusahalah supaya keadilan dilakukan setiap hari.
Lepaskanlah orang yang ditipu daripada kekuasaan orang yang menipunya.
Jika tidak, kejahatan yang kamu lakukan akan menjadikan kemurkaan-Ku menyala seperti api yang tidak dapat dipadamkan.”
Aku diejek dan dihina
Kalau mahu menyampaikan ajaran Tuhan dan kamu dihina dan diejek, jangan takut kerana nabi Yeremia pun diejek dan dihina kerana menyampaikan perkhabaran dari Tuhan.
8Setiap kali aku berkata-kata,
aku mesti berteriak sekuat-kuatnya,
“Keganasan! Kemusnahan!”
Ya TUHAN, aku diejek dan dihina setiap waktu,
kerana aku menyampaikan perkhabaran-Mu.
Masa Kedatangan Tuhan ke dunia
1Saudara-saudara seiman, kami tidak perlu menulis tentang masa dan waktu, apabila perkara-perkara ini akan berlaku.
2 Hal itu demikian kerana kamu sendiri tahu dengan jelas bahawa Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri datang pada malam hari.
3Apabila orang berkata, “Semuanya aman dan tenteram,” pada waktu itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dengan tiba-tiba dan tidak seorang pun dapat melepaskan diri.
Hal itu akan berlaku dengan tiba-tiba seperti rasa sakit yang dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak.
Kedatangan Tuhan Yesus
1 Tesalonika 4
13Saudara-saudaraku, kami ingin kamu mengetahui yang sebenarnya tentang mereka yang sudah meninggal dunia, supaya kamu tidak bersedih hati seperti orang yang tidak mempunyai harapan.
14Kita percaya bahawa Yesus sudah mati dan hidup semula. Demikian juga kita percaya bahawa mereka yang percaya kepada Yesus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan semula oleh Allah supaya hidup bersama-sama Yesus.
15Yang kami beritahukan kepada kamu ini ajaran Tuhan: Pada hari Tuhan datang kelak, kita yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah meninggal dunia.
16Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu.
17 Kemudian kita yang masih hidup pada waktu itu akan diangkat bersama-sama mereka ke awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa. Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya.
18Oleh itu, hendaklah kamu saling membesarkan hati dengan kata-kata ini.
Kehendak Allah untuk hidup Kristian
3Inilah kehendak Allah bagi kamu: Hendaklah kamu mengamalkan hidup yang suci, dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul.
4Setiap orang lelaki antara kamu harus tahu bagaimana hidup bersama-sama isterinya dengan cara yang menyenangkan hati Allah dan manusia,
5serta tidak mengikut hawa nafsu, seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah.
6Dalam hal seperti ini, janganlah seorang pun berbuat salah terhadap saudaranya, ataupun memperdayakan dia. Kami telah memberitahu kamu hal ini dahulu dan telah memberikan amaran yang keras kepada kamu bahawa Tuhan akan menghukum orang yang melakukan kesalahan seperti itu.
7Allah tidak memanggil kita supaya hidup cabul, tetapi supaya kita hidup dengan cara yang menyenangkan hati Allah.
8Oleh itu, orang yang menolak ajaran ini, bukannya menolak manusia, tetapi menolak Allah yang mengurniai kamu Roh-Nya yang suci.
9Tidak perlu kami menulis tentang bagaimana kamu harus mengasihi saudara-saudara seiman. Kamu sendiri telah diajar oleh Allah bagaimana kamu harus saling mengasihi.
10Kamu sudah menunjukkan hal ini kepada semua saudara seiman di seluruh Makedonia. Oleh itu, saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya lebih saling mengasihi.
11Berusahalah hidup dengan tenang; janganlah campuri hal orang lain dan carilah nafkah sendiri, sebagaimana kami katakan kepada kamu dahulu.
12Dengan cara ini kamu akan dihormati oleh mereka yang tidak percaya kepada Kristus. Kamu pun tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun bagi keperluan kamu.
Siapa yang berhak dalam hidup saya??
1TUHAN berfirman kepadaku,
2“Pergilah ke rumah tukang periuk; Aku akan menyampaikan perkhabaran-Ku kepadamu di sana.”
3Oleh itu aku pergi ke rumah tukang periuk dan aku nampak dia sedang bekerja.
4Apabila
periuk yang sedang dibuatnya itu kurang sempurna, dia membentuknya
semula sehingga menjadi periuk lain yang sesuai dengan kehendaknya.
5Kemudian TUHAN menyuruh aku berkata kepada umat Israel,
6“Hai
umat Israel, tidakkah Aku berhak memperlakukan kamu seperti yang
dilakukan tukang periuk itu dengan tanah liatnya? Sebagaimana tanah liat
itu dalam tangan tukang periuk, demikian juga kamu dalam tangan-Ku.
7Jika pada suatu waktu Aku mengambil keputusan untuk mencabut, meruntuhkan, atau menghancurkan suatu bangsa atau kerajaan,
8tetapi kemudian bangsa itu bertaubat daripada kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu.
9Sebaliknya, jika Aku mengambil keputusan untuk mendirikan atau menguatkan suatu bangsa atau kerajaan,
10tetapi kemudian bangsa itu tidak taat kepada-Ku lalu melakukan kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu.
11Sekarang,
beritahulah orang Yehuda dan penduduk Yerusalem bahawa Aku sedang
merancang untuk melawan mereka, dan menyediakan hukuman untuk mereka.
Suruhlah mereka menghentikan cara hidup yang berdosa, serta mengubah
kelakuan dan perbuatan mereka.
Hukuman untuk mereka yang meninggalkan TUHAN
5TUHAN berfirman,
“Aku akan menghukum sesiapa sahaja
yang meninggalkan Aku,
dan yang berharap kepada manusia
serta bersandar kepada kekuatan manusia fana.
7Tetapi orang yang berharap kepada-Ku
akan Kuberkati selalu.
8Dia bagaikan pokok yang tumbuh
di tepi sungai yang mengalir;
akarnya merambat sampai ke air.
Musim panas tidak ditakutinya,
kerana daun-daunnya selalu hijau;
walaupun negeri dilanda kemarau,
tidak ada kegelisahannya,
kerana buah selalu dihasilkannya.
10Aku, TUHAN, menyelidiki hati;
fikiran manusia Kuuji.
Setiap orang Kuperlakukan menurut tingkah lakunya,
dan Kuperlakukan sesuai dengan perbuatannya.”
13Ya TUHAN, Engkaulah harapan Israel;
semua orang yang meninggalkan Engkau akan dipermalukan.
Mereka akan lenyap dari dunia ini,
dan pergi ke dunia orang mati,
kerana mereka telah meninggalkan TUHAN,
sumber air yang memberikan hidup.
Tugas pemimpin gereja, pemimpin jemaat/ umat, tugas Ketikis, Pastor, Sister, Paderi
1 TESALONIKA 2
(Ini sebenarnya salah satu tugas pemimpin umat Tuhan, dan umat Tuhan yang lain juga harus saling memperingati antara satu sama lain supaya semua orang memuliakan Allah dan melakukan perkara yang menyenangkan hati-Nya.)
12Kami menasihati kamu, kami menggalakkan kamu, dan kami menggesa kamu supaya hidup sedemikian rupa sehingga menyenangkan hati Allah.
1 TESALONIKA 3
2. Kami mengutus dia untuk menggalakkan kamu dan meneguhkan kepercayaan kamu kepada Kristus.
10Siang malam kami memohon kepada-Nya dengan sepenuh hati, supaya kami sendiri boleh berjumpa dengan kamu, dan melengkapkan apa yang masih kamu perlukan untuk percaya kepada Kristus.
11Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan kita Yesus, membuka jalan bagi kami untuk berjumpa dengan kamu!
12Semoga Tuhan menyebabkan kamu semakin saling mengasihi dan semakin mengasihi semua orang, sehingga kasih kamu kepada orang lain seperti kasih kami kepada kamu.
13Dengan cara ini Tuhan akan menguatkan hati kamu, sehingga kamu akan menjadi suci dan tidak bercela di hadirat Allah Bapa kita, pada waktu Tuhan kita Yesus datang dengan semua orang yang menjadi milik-Nya.

Menyenangkan hati manusia atau Tuhan?
1 TESALONIKA 2
4Sebaliknya kami sentiasa berkata-kata sebagaimana yang dikehendaki Allah, kerana kami dianggap layak oleh Allah untuk mengisytiharkan Berita Baik itu. Kami tidak berusaha untuk menyenangkan hati orang, tetapi kami berusaha untuk menyenangkan hati Allah yang menguji hati kami.
YEREMIA 15
19Maka TUHAN menjawab, “Jika engkau kembali, Aku akan menerima engkau. Engkau akan menjadi hamba-Ku lagi.
Jika engkau memberitakan perkhabaran yang berguna dan bukan yang sia-sia, engkau akan menjadi nabi-Ku semula.
Orang akan datang kepadamu lagi, dan engkau tidak perlu pergi kepada mereka.
20Aku akan menjadikan engkau seperti tembok gangsa terhadap mereka. Mereka akan melawan engkau, tetapi tidak akan dapat mengalahkan engkau.
Aku akan menyertai engkau untuk melindungi dan menyelamatkan engkau.
21Aku akan melepaskan engkau daripada kekuasaan orang yang jahat dan ganas. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Hormatilah Aku, kalau tidak Aku akan mendatangkan kegelapan
YEREMIA 12
17Tetapi bangsa yang tidak mahu mentaati Aku, akan Kucabut seperti tanaman dan Kubinasakan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
YEREMIA 13
23Dapatkah orang hitam mengubah warna kulitnya, atau harimau bintang menghilangkan tompoknya? Tentu tidak! Begitu juga dengan kamu yang biasa berbuat jahat, tidak mungkin berbuat baik.
24TUHAN akan mencerai-beraikan kamu seperti jerami yang ditiup angin dari gurun.
25Dia telah berfirman bahawa itulah kesudahan kamu. Itulah yang ditentukan-Nya untuk dilakukan terhadap kamu kerana kamu telah melupakan Dia dan percaya kepada tuhan-tuhan palsu.
1 TESALONIKA 1
3Apabila kami berdoa kepada Allah dan Bapa kita, kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka, dan bagaimana kamu berharap dengan teguh kepada Tuhan kita Yesus Kristus.
4Saudara-saudaraku, kami tahu bahawa Allah mengasihi kamu dan sudah memilih kamu menjadi milik-Nya sendiri.
5Hal itu demikian, kerana kami mengisytiharkan Berita Baik kepada kamu, bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Allah dan dengan keyakinan bahawa Berita Baik itu benar.
Kamu mengetahui cara hidup kami ketika kami bersama-sama kamu dan semua itu untuk kebaikan kamu.
6 Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Meskipun kamu menanggung banyak penderitaan, kamu menyambut perkhabaran itu dengan kegembiraan yang datang daripada Roh Allah.
9Semua orang berkata bahawa kamu menyambut kami dengan baik ketika melawat kamu dahulu. Mereka berkata bahawa kamu tidak mahu menyembah berhala lagi, tetapi datang kepada satu-satunya Allah yang hidup untuk mentaati dan menyembah Dia.
10Mereka juga berkata bahawa kamu menantikan kedatangan Anak Allah dari syurga, iaitu Yesus yang sudah dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Yesuslah yang menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah yang akan datang.
2 Engkau menanam mereka seperti tumbuh-tumbuhan,
lalu mereka berakar, bertumbuh dan berbuah.
Mereka selalu mengatakan yang baik tentang Engkau,
tetapi dalam hati, mereka sebenarnya tidak mempedulikan Engkau.
3 Tetapi ya TUHAN, Engkau mengenal aku;
Engkau nampak perbuatanku
dan mengetahui isi hatiku terhadap-Mu.
13Umat-Ku menanam gandum, tetapi menuai lalang.
Mereka bekerja keras tetapi tidak mendapat hasil.
Kerana Aku sangat murka,
tuaian mereka mengecewakan.”
YEREMIA 13
15Hai umat Israel, TUHAN telah berfirman!
Rendahkanlah hati kamu dan dengarlah firman-Nya.
16Hormatilah TUHAN, Allah kamu
sebelum Dia mendatangkan kegelapan,
dan kaki kamu tersandung di pergunungan;
sebelum terang yang kamu harapkan
diubah menjadi kekelaman.
23Dapatkah orang hitam mengubah warna kulitnya, atau harimau bintang menghilangkan tompoknya? Tentu tidak! Begitu juga dengan kamu yang biasa berbuat jahat, tidak mungkin berbuat baik.
24TUHAN akan mencerai-beraikan kamu seperti jerami yang ditiup angin dari gurun.
25Dia telah berfirman bahawa itulah kesudahan kamu. Itulah yang ditentukan-Nya untuk dilakukan terhadap kamu kerana kamu telah melupakan Dia dan percaya kepada tuhan-tuhan palsu.
1 TESALONIKA 1
3Apabila kami berdoa kepada Allah dan Bapa kita, kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka, dan bagaimana kamu berharap dengan teguh kepada Tuhan kita Yesus Kristus.
4Saudara-saudaraku, kami tahu bahawa Allah mengasihi kamu dan sudah memilih kamu menjadi milik-Nya sendiri.
5Hal itu demikian, kerana kami mengisytiharkan Berita Baik kepada kamu, bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Allah dan dengan keyakinan bahawa Berita Baik itu benar.
Kamu mengetahui cara hidup kami ketika kami bersama-sama kamu dan semua itu untuk kebaikan kamu.
6 Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Meskipun kamu menanggung banyak penderitaan, kamu menyambut perkhabaran itu dengan kegembiraan yang datang daripada Roh Allah.
9Semua orang berkata bahawa kamu menyambut kami dengan baik ketika melawat kamu dahulu. Mereka berkata bahawa kamu tidak mahu menyembah berhala lagi, tetapi datang kepada satu-satunya Allah yang hidup untuk mentaati dan menyembah Dia.
10Mereka juga berkata bahawa kamu menantikan kedatangan Anak Allah dari syurga, iaitu Yesus yang sudah dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Yesuslah yang menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah yang akan datang.
nasihat bapa kepada saya
Kolose 3
22 Hai abdi, dalam segala hal taatlah kepada tuan yang di dunia ini. Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, kerana ingin mendapat pujian. Taatilah mereka dengan ikhlas, kerana kamu menghormati Tuhan.
23Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia.
24Ingatlah, kamu akan menerima pahala daripada Tuhan, yang telah disediakan Tuhan untuk umat-Nya. Hal itu demikian kerana tuan yang kamu layani sebenarnya Kristus.
25 Sesiapa yang berbuat salah akan dihukum setimpal dengan kesalahannya, kerana Allah mengadili setiap orang dengan tidak berat sebelah.
Kolose 4
5 Hendaklah kamu bijaksana dalam hubungan dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, dan gunakan setiap peluang dengan sebaik-baiknya.
6Hendaklah percakapan kamu menyeronokkan dan menarik. Hendaklah kamu tahu memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya.
17 Katakanlah kepada Arkhipus, “Selesaikanlah tugas yang diberikan kepadamu untuk melakukan kerja bagi Tuhan.”
AMSAL 24:28-29
28Jangan jadi saksi terhadap seseorang tanpa alasan yang patut, atau berdusta tentang dia.
29Jangan berkata, “Aku akan membalas perbuatannya terhadapku! Aku akan membalas dendamku!”

12b -- Dia memohon kepada Allah supaya iman
kamu teguh, dan kamu betul-betul matang, serta taat kepada kehendak Allah
dengan sepenuhnya.
17 Katakanlah kepada Arkhipus, “Selesaikanlah tugas yang diberikan kepadamu untuk melakukan kerja bagi Tuhan.”
AMSAL 24:28-29
28Jangan jadi saksi terhadap seseorang tanpa alasan yang patut, atau berdusta tentang dia.
29Jangan berkata, “Aku akan membalas perbuatannya terhadapku! Aku akan membalas dendamku!”
Subscribe to:
Comments (Atom)