1 TESALONIKA 2
4Sebaliknya
kami sentiasa berkata-kata sebagaimana yang dikehendaki Allah, kerana
kami dianggap layak oleh Allah untuk mengisytiharkan Berita Baik itu.
Kami tidak berusaha untuk menyenangkan hati orang, tetapi kami berusaha
untuk menyenangkan hati Allah yang menguji hati kami.
YEREMIA 15
19Maka
TUHAN menjawab, “Jika engkau kembali, Aku akan menerima engkau. Engkau
akan menjadi hamba-Ku lagi.
Jika engkau memberitakan perkhabaran yang
berguna dan bukan yang sia-sia, engkau akan menjadi nabi-Ku semula.
Orang akan datang kepadamu lagi, dan engkau tidak perlu pergi kepada
mereka.
20Aku
akan menjadikan engkau seperti tembok gangsa terhadap mereka. Mereka
akan melawan engkau, tetapi tidak akan dapat mengalahkan engkau.
Aku
akan menyertai engkau untuk melindungi dan menyelamatkan engkau.
21Aku akan melepaskan engkau daripada kekuasaan orang yang jahat dan ganas. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
No comments:
Post a Comment