1TUHAN berfirman kepadaku,
2“Pergilah ke rumah tukang periuk; Aku akan menyampaikan perkhabaran-Ku kepadamu di sana.”
3Oleh itu aku pergi ke rumah tukang periuk dan aku nampak dia sedang bekerja.
4Apabila
periuk yang sedang dibuatnya itu kurang sempurna, dia membentuknya
semula sehingga menjadi periuk lain yang sesuai dengan kehendaknya.
5Kemudian TUHAN menyuruh aku berkata kepada umat Israel,
6“Hai
umat Israel, tidakkah Aku berhak memperlakukan kamu seperti yang
dilakukan tukang periuk itu dengan tanah liatnya? Sebagaimana tanah liat
itu dalam tangan tukang periuk, demikian juga kamu dalam tangan-Ku.
7Jika pada suatu waktu Aku mengambil keputusan untuk mencabut, meruntuhkan, atau menghancurkan suatu bangsa atau kerajaan,
8tetapi kemudian bangsa itu bertaubat daripada kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu.
9Sebaliknya, jika Aku mengambil keputusan untuk mendirikan atau menguatkan suatu bangsa atau kerajaan,
10tetapi kemudian bangsa itu tidak taat kepada-Ku lalu melakukan kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu.
11Sekarang,
beritahulah orang Yehuda dan penduduk Yerusalem bahawa Aku sedang
merancang untuk melawan mereka, dan menyediakan hukuman untuk mereka.
Suruhlah mereka menghentikan cara hidup yang berdosa, serta mengubah
kelakuan dan perbuatan mereka.
No comments:
Post a Comment