Tuesday, 16 October 2012

Raja yang tidak mengenal Tuhan ;-(

YEREMIA 22

3“Lakukanlah apa yang adil dan jujur. 

Lepaskanlah orang yang ditipu daripada kekuasaan orang yang menipunya. 

Jangan tindas atau berbuat jahat terhadap orang asing, anak yatim piatu atau balu.

 Jangan bunuh orang yang tidak bersalah di tempat yang suci ini. 

 

13Malanglah orang yang mendirikan rumahnya dengan ketidakadilan,

dan membesarkannya dengan ketidakjujuran.

Dia menyuruh orang bekerja tanpa ganjaran,

dan tidak membayar upah mereka.

14Malanglah orang yang berkata,

“Aku akan mendirikan istana

yang mempunyai bilik-bilik besar di tingkat atas.”

Lalu dia membuat tingkap rumahnya,

dengan bingkai daripada kayu sedar,

lalu mengecatnya dengan warna merah.

 

15Adakah engkau menjadi raja yang lebih baik,

jika engkau membina istana dengan kayu sedar,

sehingga lebih cantik daripada istana orang lain?

Bapamu menikmati hidup yang bahagia.

Dia selalu berlaku adil dan tidak berat sebelah,

dan dia berjaya dalam segala usahanya.

 

16Dia mengadili perkara orang miskin dengan adil;

segala sesuatu berjalan dengan baik untuknya.

Itulah ertinya mengenal TUHAN.

 

17Tetapi engkau hanya mencari keuntungan diri sendiri;

engkau membunuh orang yang tidak bersalah,

dan menindas rakyatmu dengan kejam.

 

21Aku telah berfirman kepada kamu ketika kamu makmur,

tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Aku.

Itulah yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu;

kamu tidak pernah mahu taat kepada-Ku.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment