1 Tesalonika 4
13Saudara-saudaraku,
kami ingin kamu mengetahui yang sebenarnya tentang mereka yang sudah
meninggal dunia, supaya kamu tidak bersedih hati seperti orang yang
tidak mempunyai harapan.
14Kita
percaya bahawa Yesus sudah mati dan hidup semula. Demikian juga kita
percaya bahawa mereka yang percaya kepada Yesus dan sudah meninggal
dunia akan dihidupkan semula oleh Allah supaya hidup bersama-sama Yesus.
15Yang
kami beritahukan kepada kamu ini ajaran Tuhan: Pada hari Tuhan datang
kelak, kita yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah
meninggal dunia.
16Pada
masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet
Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka
yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan
terlebih dahulu.
17
Kemudian kita yang masih hidup pada waktu itu akan diangkat
bersama-sama mereka ke awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa. Lalu
kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya.
18Oleh itu, hendaklah kamu saling membesarkan hati dengan kata-kata ini.
No comments:
Post a Comment