1 TESALONIKA 5:4-28
4Tetapi
kamu, saudara-saudara seiman, kamu tidak hidup dalam kegelapan. Hari
itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti kedatangan seorang
pencuri. (Bila Yesus datang ke dunia ke-2 kalinya)
5Kamu
semuanya orang yang hidup dalam cahaya, orang yang tergolong pada siang
yang terang.
Kita bukan orang yang hidup dalam kegelapan, atau yang
tergolong pada malam yang gelap.
6Oleh itu kita tidak seharusnya tidur seperti orang lain. Kita harus berjaga-jaga dan berwaspada.
7Orang tidur pada malam hari; orang pun mabuk pada malam hari.
8
Tetapi kita ini orang yang tergolong pada siang yang terang. Oleh itu
kita harus berwaspada. Kita mesti percaya kepada Tuhan dan mengasihi
orang lain, maka hal itu seperti melindungi diri dengan perisai dada.
Dengan yakin kita berharap akan diselamatkan, dan hal ini seperti
melindungi kepala dengan topi besi.
9Allah memilih kita bukannya untuk mengalami kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Tuhan kita Yesus Kristus.
10Yesus
mati untuk kita supaya kita boleh hidup bersama-sama Dia pada waktu Dia
datang kelak, baik kita masih hidup ataupun telah mati pada waktu itu.
11Oleh itu, hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.
12Saudara-saudaraku,
kami menggesa kamu supaya menghormati mereka yang bekerja di kalangan
kamu. Mereka memimpin dan menasihati kamu dalam kehidupan kamu sebagai
orang Kristian.
13Perlakukanlah
mereka dengan penuh hormat dan kasihilah mereka, kerana semuanya yang
dilakukan oleh mereka. Hendaklah kamu hidup rukun.
14Saudara-saudaraku,
kami menggesa kamu supaya memberikan amaran kepada orang yang malas
bekerja, menabahkan hati orang yang takut, menolong orang yang perlu
ditolong, dan bersabar terhadap semua orang.
15Janganlah
seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus
sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang.
16Hendaklah kamu sentiasa bersukacita,
17dan berdoalah sentiasa.
18Hendaklah
kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki
oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan
Kristus Yesus.
19Janganlah halang Roh Allah.
20Janganlah hina perkhabaran-perkhabaran yang diberikan oleh Roh Allah.
21Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik,
22dan jauhilah segala macam kejahatan.
23Semoga
Allah yang mengurniai kita kesejahteraan, menjadikan kamu
sungguh-sungguh hidup khas untuk Allah. Semoga Allah menjaga roh, jiwa,
dan tubuh kamu, sehingga tidak bercacat cela pada masa Tuhan kita Yesus
Kristus datang kembali.
24Allah yang memanggil kamu akan melakukan hal itu, kerana Dia setia.
25Doakanlah kami, saudara-saudara seiman.
26Bersalamanlah dengan mesra sebagai saudara Kristian.
27Dengan kuasa Tuhan, aku menggesa kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman.
28Semoga Tuhan kita Yesus Kristus memberkati kamu semua.
1 TESALONIKA 5:4-28
4Tetapi kamu, saudara-saudara seiman, kamu tidak hidup dalam kegelapan. Hari itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti kedatangan seorang pencuri. (Bila Yesus datang ke dunia ke-2 kalinya)
No comments:
Post a Comment