Jangan sampai pemimpin umat Kristian tidak memahami Firman Tuhan.
16TUHAN
Yang Maha Kuasa berfirman kepada penduduk Yerusalem, “Jangan dengarkan
perkataan nabi-nabi yang sentiasa memberikan harapan kosong belaka.
Mereka hanya menyampaikan khayalan sendiri dan bukan perkhabaran
daripada-Ku.
17Mereka
selalu berkata kepada orang yang tidak mahu mendengarkan firman-Ku,
‘Kamu akan selamat.’
Mereka berkata kepada setiap orang yang degil,
‘Kamu tidak akan ditimpa bencana.’ ”
18Aku
berkata, “Tiada seorang pun daripada nabi-nabi itu mengetahui apa yang
terkandung dalam fikiran TUHAN.
Tiada seorang pun antara mereka yang
pernah mendengar dan memahami rancangan-Nya; tiada juga yang
memperhatikan atau mengendahkan firman-Nya.
19Kemurkaan-Nya bagaikan angin ribut yang mengamuk dan melanda orang jahat.
20Kemurkaan-Nya
tidak akan reda sebelum semua rancangan-Nya dilaksanakan.
Pada kemudian
hari, umat TUHAN akan memahami hal itu dengan jelas.”
No comments:
Post a Comment