3Inilah kehendak Allah bagi kamu: Hendaklah kamu mengamalkan hidup yang suci, dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul.
4Setiap orang lelaki antara kamu harus tahu bagaimana hidup bersama-sama isterinya dengan cara yang menyenangkan hati Allah dan manusia,
5serta tidak mengikut hawa nafsu, seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah.
6Dalam
hal seperti ini, janganlah seorang pun berbuat salah terhadap
saudaranya, ataupun memperdayakan dia. Kami telah memberitahu kamu hal
ini dahulu dan telah memberikan amaran yang keras kepada kamu bahawa
Tuhan akan menghukum orang yang melakukan kesalahan seperti itu.
7Allah tidak memanggil kita supaya hidup cabul, tetapi supaya kita hidup dengan cara yang menyenangkan hati Allah.
8Oleh itu, orang yang menolak ajaran ini, bukannya menolak manusia, tetapi menolak Allah yang mengurniai kamu Roh-Nya yang suci.
9Tidak
perlu kami menulis tentang bagaimana kamu harus mengasihi
saudara-saudara seiman. Kamu sendiri telah diajar oleh Allah bagaimana
kamu harus saling mengasihi.
10Kamu
sudah menunjukkan hal ini kepada semua saudara seiman di seluruh
Makedonia. Oleh itu, saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya lebih
saling mengasihi.
11Berusahalah
hidup dengan tenang; janganlah campuri hal orang lain dan carilah
nafkah sendiri, sebagaimana kami katakan kepada kamu dahulu.
12Dengan
cara ini kamu akan dihormati oleh mereka yang tidak percaya kepada
Kristus. Kamu pun tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun bagi
keperluan kamu.
No comments:
Post a Comment