Saturday, 7 July 2012

Siapakah Allah itu????


Mazmur 4:1-8

 

Doa malam

1 Untuk pemimpin kor. Dengan permainan kecapi. Mazmur Daud.
2 Ya Allah, Engkaulah pembelaku; jawablah bila aku berseru. Waktu aku susah, Engkau menolong aku; sekarang kasihanilah aku dan dengarlah doaku.
3 Hai orang-orang, berapa lama lagi kamu menghina Allahku? Sampai kapan kamu mencintai yang sia-sia dan mengejar yang tidak benar?
4 Ketahuilah, TUHAN telah memilih bagi diri-Nya seorang yang dikasihi-Nya. TUHAN mendengarkan bila aku berseru kepada-Nya.
5 Gemetarlah ketakutan dan jangan berdosa lagi. Renungkanlah sambil berdiam diri, waktu berbaring di tempat tidur.
6 Persembahkanlah kurban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.
7 Banyak orang bertanya, “Siapa yang akan memberkati kita?” Semoga Engkau berkenan kepada kami, ya TUHAN.
8 Engkau membuat hatiku lebih gembira daripada orang yang limpah panenannya. 

 
Pengajaran saya:

Siapakah Allah itu?
  • Dia adalah pembelaku.
  • Dia menjawab apabila saya berseru kepada-Nya.
  • Dia menolong semasa saya dalam kesusahan.
  • Dia mengasihani saya.
  • Dia mendengarkan doaku.
  • Dia membuat hati saya lebih gembira daripada orang yang berlimpah tuaiannya.

Apa yang harus saya lakukan?
  • Gementar kepada Allah. Saya hanya perlu takut kepada Tuhan sahaja. hormat kepada Dia sahaja.
  • Jangan berdosa lagi. Roh Kudus, sentiasa buatkan saya peka terhadapMu.
  • Merenungkan perbuatan sendiri, apakah benar atau tidak.
  • Mempersembahkan korban yang benar. Korban yang benar di hadapan Tuhan adalah hati yang hancur dan penuh penyesalan dan bertobat.
  • Percaya kepada Tuhan.


Apa yang tidak harus saya lakukan?
  • Jangan mengina Allah.
  • Jangan mencintai yang sia-sia. Segala yang ada di dunia ini adalah sia-sia.
  • Jangan mengejar yang tidak benar. Kalau Tuhan memberkati saya dengan harta, syukur, tetapi saya tidak perlu mengejar harta dan kekayaan kerana apa yang saya miliki di dunia ini bukannya boleh menjamin saya masuk syurga, tidak boleh saya bawa mati, tetapi apa yang saya lakukan untuk Tuhan, itulah yang akan kekal abadi. Tuhan, bantulah saya.

No comments:

Post a Comment