Kisah Para Rasul 23:11-35
Paulus telah diutus oleh Yesus sendiri untuk
memberikan kesaksian tentang diri-Nya.
Walaupun pada mulanya Paulus adalah orang yang sangat membenci pengikut
Yesus. Kisah Para Rasul 9: 1-2 “
Sementara itu berkobar-kobar hati Saulus untuk mengancam dan membunuh
murid-murid Tuhan. Ia menghadap Imam
Besar, dan meminta surat kuasa dari padanya untuk dibawa kepada majelis-majelis
Yahudi di Damsyik, supaya ia menemukan laki-laki atau perempuan yang mengikuti
Jalan Tuhan, ia menangkap mereka dan membawa mereka ke Yerusalem. “
Tuhan boleh memakai siapa-siapa sahaja untuk
melakukan pekerjaan- Nya. Dan apabila
kita mentaati-Nya, Dia sendiri akan memberikan kekuatan kepada kita. Seperti dalam Kisah Para Rasul 23: 11
“ Malam berikutnya Tuhan Yesus berdiri di sisi Paulus dan berkata,
“Kuatkan hatimu! Engkau sudah memberi kesaksianmu mengenai Aku di Yerusalem.
Engkau nanti harus memberi kesaksian itu di Roma juga.”
Teguran untuk saya:
Mentaati perintah Tuhan.
Saya sebenarnya takut dan mahu lari dari apa-apa tanggungjawab. Tetapi Yesus ada Amanat Agung dalam Matius 28:19 “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus…”
Di
mana-mana sahaja, sebagai murid-Nya, saya seharusnya mengongsikan berita baik
penyelamatan dari Yesus kepada yang belum percaya dan membawa mereka ke
gereja.
Saya takut dan segan. Saya takut ditolak. Saya takut orang akan
cakap saya tunjuk alim. Tuhan, jangan biarkan saya pentingkan diri sendiri
dengan tidak mengongsikan penyelamatanMu kepada orang lain. Jangan biarkan saya lebih mementingkan
anggapan manusia daripada perintahMu.
Mesti Kau sedih, saya berkelakuan
seperti ini. Ampunkan saya Yesus.
Bantulah saya Yesus. Saya tidak dapat berbuat apa-apa tanpa bantuanMu.
Mengongsikan Yesus melalui gaya hidup
sahaja adalah tidak cukup tetapi saya
perlu mengongsikan. Saya tahu, saya
bukan orang yang sempurna. Saya masih
hidup dalam dunia ini dan selalu tersasar daripada mengikuti pimpinan Roh
Kudus. Saya kadang-kadang tidak dapat mengawal emosi. Tuhan, ampunkan saya.
Jadi, kadang-kadang gaya hidup saya tidak dapat memberi kesaksian kepada
orang lain.
Saya tidak perlu takut kerana Tuhan pasti
menyertai dan melindungi saya. Seperti
Paulus dalam Kisah Para Rasul 23:12-35, dia tidak berjaya dibunuh oleh
orang-orang Yahudi kerana Yesus membantu dia melalui orang-orang di
sekelilingnya.
No comments:
Post a Comment