Monday, 2 July 2012

Selamat pagi Yesus.

Terima kasih untuk hari ini. Semalam st.Mary Chapel dirasmikan oleh FR.David Sham. Chapel tersebut berjaya dibina kerana ada seorang jemaat yang mengungkapkan syukur dan terima kasihnya kepada Tuhan.  Berkat, kasih setia dan kebesaran Tuhan, dia kongsikan kepada para jemaat.  Saya secara peribadi sangat tersentuh dengan apa yang dia lakukan.  

Tuhan mengasihi semua orang, Dia memberkati semua orang, Dia menyatakan keajaiban supaya semua orang tahu bahawa hanya Dialah Tuhan! 

Saya memutuskan untuk menuliskan perjalanan saya bersama Yesus dalam blog ini dengan harapan saya dapat menceritakan kepada orang lain betapa baiknya Tuhan, betapa banyaknya berkat dan betapa besarnya kuasa-Nya. 

Saya ini manusia yang serba kekurangan. Saya tidak kaya.  Tetapi, segala yang saya perlukan, Tuhan sediakan untuk saya. Jadi, kalau saya tidak dapat mengongsikan berkat Tuhan melalui kewangan, saya boleh kongsikan kebesaran Tuhan kepada orang lain melalui blog ini. Biarlah selama-lamanya hanya Yesus yang ditinggikan dan dimuliakan! 



No comments:

Post a Comment