Wednesday, 18 July 2012

Tugas saya??

Pada 15hb Julai 2012, St. Mary telah mengadakan pemilihan komiti pelayan.  Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana Dia memberi saya peluang untuk melayani kerana memberikan tugas ajk Alkitab kepada saya.  Saya bukan mahu menyombong  diri, pada saat bertepuk tangan, saya bukan bertepuk tangan untuk diri saya, tetapi masa itu, saya bertepuk tangan kerana gembira TUHAN MENJAWAB DOA saya.  Sebelum ini, saya berdoa kepada Tuhan, "Tuhan, saya tahu Engkau mempunyai rancangan untuk saya berada di sini. Bantulah saya bagaimana saya boleh membantu umat-umat di St. Mary. Saya tidak tahu, saya tidak berani, tetapi tolonglah saya." Dan 15hb ini, TUHAN menjawab doa saya! Terima kasih Tuhan. Saya bukannya mahu meninggi diri di hadapan manusia, dan Engkau pun tahu tentang hal ini.  Hanya Engkau yang mengenal hati saya dan  saya harus melakukan kehendakMu. 

Sekarang ini, saya sangat takut kalau saya masuk neraka. Bantulah saya Tuhan, supaya saya tidak mencintai dunia dan dosa tetapi hanya melayani dan memuji YESUS KRISTUS TUHAN!



No comments:

Post a Comment