Wednesday, 25 July 2012

Disembuhkan, :-)

2 RAJA-RAJA 5

Ulasan saya:
Naaman adalah seorang panglima angkatan bersenjata Siria. Dia seorang perkasa, tetapi dia berpenyakit kulit. Pelayan istri Naaman, seorang Israel memberitahu bahawa Naaman boleh disembuhkan sekiranya dia datang bertemu dengan seorang nabi di Israel. Naaman pergi menemui nabi tersebut dan disuruh untuk mandi tujuh kali di Sg. Yordan supaya sembuh. Pada mulanya Naaman tidak mahu tetapi selepas pelayan-pelayannya memujuk dia, akhirnya Naaman pergi.

Dengan kuasa Allah, Naaman sembuh! Dia terus percaya kepada Tuhan dan berjanji akan hanya mempersembahkan kurban kepada Tuhan dan bukannya kepada ilah lain. Dia percaya dan mengetahui kebenaran bahawa, hanya ada satu TUHAN yang layak disembah.  


Gehazi pula mendapat penyakit Naaman kerana dia tamak. 


Pengajaran saya:

Jangan menjadi tamak.  Naaman disembuhkan kerana kuasa Allah, bukannya kuasa manusia.  Allah memberi kesembuhan kepada Naaman supaya Naaman tahu bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang layak disembah di dunia ini, tiada yang lain.  Elisa tidak mahu menerima pemberian Naaman kerana biarlah Naaman mempersembahkan kesyukurannya hanya kepada Tuhan dan dia tidak mahu ditinggikan, tetapi biarlah hanya Tuhan yang ditinggikan.  

Percaya sepenuhnya kepada Tuhan.  Tiada yang mustahil bagi-Nya.

No comments:

Post a Comment