2 Raja-raja 4:18-44
Dalam petikan ini, saya dapat,
Allah itu berkuasa! Dia yang menghidupkan
anak itu melalui Elia. Pada pandangan manusia, menghidupkan semula orang mati
adalah mustahil, tetapi itu hanyalah perkara yang senang bagi Tuhan. Kalau Dia boleh menghidupkan orang mati,
apatah lagi dengan masalah kehidupan harian kita. Kehidupan ini tidak pernah lari dari masalah.
Tetapi kita adalah pilihan, sama ada
menyerahkan masalah itu kepada Allah dengan berdoa dan percaya sepenuhnya
bahawa Dia akan menyelesaikan setiap masalah kita ataupun menyesakkan kehidupan
kita dengan masalah tersebut. Kita
tidak dapat menyelesaikan masalah dengan kekuatan kita sendiri, kita hanya
dapat menyelesaikan sebahagian, tetapi Tuhan menyelesaikan masalah kita dengan
sempurna dan tepat pada waktunya. Tuhan
sudah menyediakan waktu yang sempurna untuk segala sesuatu terjadi dalam
kehdiupan kita.
Dalam ayat 44, “Setelah makan masih ada
sisanya seperti yang dikatakan TUHAN.”
Tuhan menepati setiap janjinya. Asal
sahaja kita percaya, janji Tuhan akan sentiasa terkabul untuk kita. Seperti dalam Matius 11:28 “Marilah
kepada-Ku semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan
kepadamu” Ini merupakan salah satu janji
Tuhan kepada kita. Yesus sudah
berjanji, Dia akan memberi kelegaan kepada kita walau sebesar manapun masalah
dan bebanan kita, asal sahaja kita datang kepada-Nya.
Kita meluahkan apa sahaja bebanan yang kita hadapi kepada Yesus,
dan kalau sudah menyerahkan bebanan tersebut kepada campur tangan Yesus, segala
kekhuatiran dalam hati kita hendaklah dibuang.
Sebab dalam Filipi 4:6 “ Janganlah hendaknya kamu khuatir tentang apapun
juga, tetapi nyatakanlah dalam segala keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan
dengan ucapan syukur.”
No comments:
Post a Comment